Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi Akademik 2024/2025 | TAN SRI MUSTAFFA BABJEE COLLEGE kmb
» ACTIVITIES » test

Event Title
Pendaftaran Pelajar Baharu sesi Akademik 2024/2025
Date
05 Oct 2024 - 05 Oct 2024
Time
07.00 - 05.30
Location
Dewan Kuliah Utama, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
Event Summary
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Adalah dimaklumkan bahawa Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee (KTMB) akan menerima kemasukan pelajar baharu sesi 2024/2025 pada 5 Oktober 2024 (Sabtu) ini. Pelajar yang akan ditempatkan di KTMB, UPM adalah dari pelajar Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) dan Fakulti Perubatan Veterinar (FPV). Dalam rekod seramai 564 pelajar dijangkakan mendaftar pada hari Sabtu ini. Proses pendaftaran masuk pelajar ini akan dilaksanakan di Foyer Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM. Selepas itu pelajar baharu akan bergerak ke Blok B bagi pelajar perempuan dan Blok D bagi pelajar lelaki untuk penginapan di kolej. Sekiranya pada hari tersebut hujan lebat, pelajar boleh terus ke Blok Penginapan, TIDAK PERLU ke Foyer Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK). Bersama ini dilampirkan flyer Pelan lokasi dan Pelan Lantai Proses Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi 2024/2025 untuk Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee sebagai makluman fakulti. Sekian, terima kasih.

Updated:: 04/10/2024 [s_syazana]

TAN SRI MUSTAFFA BABJEE COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1315
03 - 8947 2757
X, (08:52:43am-08:57:43am, 27 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]