MENGENAI KAMI | KOLEJ TAN SRI MUSTAFFA BABJEE

» MENGENAI KAMI

MENGENAI KAMI

Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee (KMB) merupakan kolej bongsu di antara 10 buah kolej kediaman yang terdapat di Universiti Putra Malaysia. Kolej ini mula beroperasi pada Julai 2006. Kolej ini menempatkan pelajar-pelajar dari Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan (FPSK) dan Fakulti Perubatan Veterinar (FPV). Keseluruhannya, terdapat 4 blok bangunan kediaman pelajar iaitu blok A, blok B dan blok C yang menempatkan pelajar perempuan manakala blok D adalah bagi pelajar lelaki.

Kolej Tan Sri MUstaffa Babjee juga turut menyediakan kemudahan seperti surau, kiosk pelajar, kafeteria, padang bola sepak, gelanggang permainan, rumah tamu dan tujuh (7) unit rumah felo. Penginapan di Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee berkonsepkan 'Apartment Style' di mana terdapat empat (4) bilik untuk setiap rumah didiami oleh dua (2) orang pelajar untuk setiap bilik.

Kapasiti keseluruhan yang boleh ditampung oleh Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee ialah seramai 1600 orang.

Kolej ini bertanggungjawab secara langsung dalam menyediakan penginapan yang selesa, persekitaran yang selamat dan kondusif untuk pelajar serta melahirkan pelajar dengan personaliti yang unggul.

X, (04:48:45pm-04:53:45pm, 01 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]