ANUGERAH TOKOH SISWA 2022 | KOLEJ TAN SRI MUSTAFFA BABJEE
» ARTIKEL » ANUGERAH TOKOH SISWA 2022

ANUGERAH TOKOH SISWA 2022

Anugerah Tokoh Siswa merupakan platform terbaik untuk memberi galakan kepada mahasiswa yang telah menunjukkan kecemerlangan kepimpinan selari dengan Lonjakan 1 Pelan Pembangunan Pendidikan (Pendidikan Tinggi) 2015-2025. Anugerah Tokoh Siswa mula diperkenalkan pada 1 Mac 2013 bagi memberi pengiktirafan kepada peranan individu dan badan mahasiswa yang berjaya memanfaatkan secara positif ruang dan peluang yang disediakan oleh universiti dalam melahirkan mahasiswa yang berjaya memanfaatkan secara positif ruang dan peluang yang disediakan oleh universiti dalam melahirkan mahasiswa yang mempunyai kemahiran akademik yang tinggi, sahsiah diri cemerlang dan mempunyai ciri-ciri personaliti unggul di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

Majlis Anugerah Tokoh Siswa 2022 anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang berlangsung pada Isnin, menyaksikan sebanyak 20 anugerah dipertandingkan merangkumi kategori kepimpinan, kesukarelawanan, keusahawanan dan kebudayaan termasuk anugerah utama iaitu Anugerah Menteri Pendidikan Tinggi. Majlis itu disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, di Dewan Za’ba KPT. Majlis penganugerahan kali ke-8 itu merekodkan sebanyak 916 penyertaan sekali gus menunjukkan peningkatan penyertaan berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada finalis Majlis Anugerah Tokoh Siswa 2022 yang merupakan pelajar dari Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee. Meskipun tidak membawa pulang sebarang kemenangan, pihak pengurusan Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee amat berbangga dan mengharapkan akan menjadi sumber inspirasi buat pelajar yang lain untuk memenangi lebih anugerah masa akan datang.

 

Anugerah Tokoh Siswa merupakan anugerah berprestij bagi mengiktiraf sumbangan dan pencapaian mahasiswa sama ada di peringkat tempatan atau antarabangsa.

Ia selaras dengan hasrat Lonjakan 1 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) (PPMP(PT)) 2015-2025 untuk melahirkan graduan yang kompeten dan holistik.

 

Tarikh Input: 23/03/2023 | Kemaskini: 03/04/2023 | s_syazana

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ TAN SRI MUSTAFFA BABJEE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1315
03 - 8947 2757
F, (04:45:51pm-04:50:51pm, 31 Mar 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]