Esok, kita akan masuk ke bulan Zulhijah yang juga dikenali sebagai bulan haji.
Syukur kehadrat Illahi Malaysia telah mendapat penambahan kouta haji bagi tahun 2022. Walaupun, bagi umat Islam yang terpaksa menangguhkan sekali lagi fardhu haji, dan yang masih belum berkesempatan menunaikan fardhu haji tahun ini, masih ada peluang untuk kita merebut pahala amalan dalam 10 hari pertama Zulhijah.
Bagi menguatkan hal ini, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sebaik-baik hari di dunia adalah 10 hari itu”. (Riwayat al-Bazzar)
Ini dijelaskan menerusi firman Allah SWT yang bermaksud: Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu. (al-Hajj: 28)
Ibn Abbas r.a menafsirkan erti ‘hari-hari tertentu’ sebagai 10 hari awal Zulhijah dan inilah pendapat majoriti ulama.
Nabi SAW bersabda tentang kelebihan hari Arafah: “Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih dari hari Arafah.” (Riwayat Muslim)
Nabi SAW juga bila ditanya tentang kelebihan berpuasa pada hari Arafah ini menjawab, ia menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya.
Bagaimanapun, tidak ada kelebihan atau ganjaran khusus bagi puasa sunat bermula 1 hingga 8 Zulhijah kecuali pada hari Arafah iaitu hari ke-9 Zulhijah.
Amat biadab jika umat Islam bersuka ria dengan melampaui batas haram di hari yang amat agung di sisi Allah SWT ini. Bertaubatlah dengan sebenar-benar taubat dan sedarlah bahawa hidup ini hanyalah sementara dan seluruh keseronokan itu adalah tipu daya syaitan semata-mata.
Antara dalil al-Quran dan hadis yang menyebut tentang kelebihan 10 hari awal Zulhijah.
Menurut Ibnu Kathir: Yang dimaksudkan di sini ialah 10 malam yang pertama bulan Zulhijjah. Demikian juga tafsiran Ibnu Abbas, Ibnu Az-Zubair, Mujahid dan lainnya. (Riwayat Bukhari)
Sesetengah ulama berpendapat hari ini adalah yang paling afdal dalam setahun sehingga melebihi hari Arafah.
Kesimpulan:
# Dianjurkan untuk tidak memotong kuku dan memotong rambut bermula 1 Zulhijah (1 Julai 2022) sehingga hari sembelihan bagi mereka yang melakukan ibadah korban.
# Haram berpuasa pada 10 Julai 2022 (10 Zulhijah) sehingga 13 Julai 2022 (13 Zulhijah)
# 1 Julai 2022 sehingga 9 Julai 2022 disunatkan berpuasa dan memperbanyakkan amalan soleh kerana pahalanya akan dilipatgandakan.
# Puasa Arafah 9 Julai 2022 (9 Zulhijah)

Tarikh Input: 31/05/2022 | Kemaskini: 31/05/2022 | s_syazana

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
Malaysia