KMB GLOBAL OUTREACH | KOLEJ TAN SRI MUSTAFFA BABJEE
» ARTIKEL » KMB GLOBAL OUTREACH

KMB GLOBAL OUTREACH

Oleh : Alan David
 
SERDANG, 20 FEBRUARI 2023 - Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee telah menganjurkan program KMB Global Outreach. Program ini adalah satu program mobiliti yang dilaksanakan dengan kerjasama bersama 2 buah universiti di Indonesia, iaitu Universitas Gadjah Mada, Yogyakarta dan Universitas Padjajaran, Bandung. Program ini juga telah dihadiri oleh pengetua Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee, Prof. Madya Dr. Jasronita Jasni serta pengetua-pengetua daripada kolej kediaman lain termasuklah Prof. Dr. Aminuddin bin Hassan, pengetua Kolej Tun Dr. Ismail, Prof. Madya Dr. Mohd Mursyid bin Arshad, pengetua Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah, dan Dr. Mohd Firdaus bin Ismail, pengetua Kolej Empat Belas. Program KMB Global Outreach ini telah disertai oleh 20 orang pelajar Universiti Putra Malaysia yang terdiri daripada pelbagai fakulti pengajian seperti Fakulti Perubatan Veterinar, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Ekonomi, dan beberapa fakulti lagi pada 3 hingga 13 Disember 2022 yang lalu.
 
Program ini bertujuan untuk memberikan platform kepada pelajar Universiti Putra Malaysia dalam membentuk jaringan sosial bersama pelajar di institusi luar negara bagi mencapai impak pembelajaran yang lebih tinggi. Program ini juga diharapkan dapat mengurangkan jurang pembelajaran dalam aspek akademik dan kepimpinan pelajar pada peringkat antabarangsa daripada dua buah negara melalui dua perspektif yang berbeza bagi mencapai matlamat utama program. Selain itu, program ini juga telah memberikan peluang kepada para pelajar untuk mempelajari dan bertukar pendapat mengenai adat dan budaya melalui kolaborasi bersama dua buah institusi luar negara iaitu Universitas Gadjah Mada dan Universitas Padjajaran.
 
Pengetua Kolej KMB, Prof. Madya Dr. Jasronita Jasni berkata, kolaborasi antarabangsa itu memberi pendedahan pelajar antara universiti untuk mempelajari aspek budaya, ekonomi, pendidikan dan perubatan.

”Program ini akan menjadikan pelajar UPM lebih terbuka dalam memberikan pendapat, berpeluang untuk melakukan pelbagai aktiviti kemanusiaan serta mempelajari budaya dan pendidikan di Indonesia,” katanya.

 

Menurut beliau, persefahaman itu sempena program mobiliti KMB Global Outreach untuk mewujudkan jaringan ampuh bersama pelajar dari Indonesia serta berkongsi pengetahuan akademik, kesukarelawanan, aktiviti kebudayaan dan pembelajaran sepanjang hayat.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada para pelajar dan peserta yang terlibat atas kerjasama yang telah diberikan dalam menjayakan semua aktiviti yang dianjurkan selama sepuluh hari ini. Diharapkan program KMB Global Outreach ini mampu mencapai matlamat untuk melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang cemerlang dari segi sahsiah, akademik dan kokurikulum. Hal ini juga secara tidak langsung dapat melahirkan para graduan yang berdaya saing dan berkualiti.
 
 
 
Kredit info : malaysiagazette.com

Tarikh Input: 20/02/2023 | Kemaskini: 28/04/2023 | s_syazana

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ TAN SRI MUSTAFFA BABJEE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1315
03 - 8947 2757
Z, (11:53:29am-11:58:29am, 30 Mar 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]