KOLEJ TUJUH BELAS, SERDANG - Pada 27 hingga 29 Mei 2022, Jumaat hingga Ahad, telah berlangsungnya pertandingan Game Onz! Di sekitar Kolej Tujuh Belas. Program ini telah berlangsung dari pukul 5.00 petang hingga 7.00 malam. Program ini merupakan anjuran Sekretariat Sukan dan Rekreasi, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Tujuh Belas sesi 2021/2022.
Tujuan Pertandingan Game Onz! diadakan adalah untuk memberi peluang kepada pelajar untuk mengasah bakat dan kualiti sukan yang ada dalam diri mereka dengan persaingan sihat. Program ini merupakan program sukan yang terbuka kepada semua pelajar Kolej Tujuh Belas untuk bertanding dalam pelbagai sukan seperti Bola Tampar, Frisbee, Futsal, Bola Keranjang dan Bola Jaring. Pertandingan Game Onz! telah melibatkan 135 orang peserta dari Kolej Tujuh Belas.
Pertandingan ini bermula pada hari Jumaat untuk semua jenis aktiviti sukan yang dipertandingkan bermula jam 5.00 petang hingga jam 7.00 malam bagi peringkat kumpulan. Hari kedua diteruskan lagi pertandingan di peringkat kumpulan pada jam dan waktu yang sama. Pada hari terakhir pertandingan ini, peringkat akhir permainan telah dijalankan pada sebelah pagi dan bermula jam 1.00 petang, Majlis penutupan pertandingan Game Onz! pun bermula. Majlis ini telah dirasmikan oleh Puan Askina Binti Aziz iaitu pegawai tadbir Kolej Tujuh Belas. Melalui pertandingan ini, diharapkan para pelajar dapat memupuk sifat bekerjasama dan berinteraksi dengan berkesan untuk permainan yang melibatkan kerjasama berkumpulan. Selain itu, pelajar dapat menunjukkan kemahiran bersukan dengan penuh etika semasa dalam permainan. Akhir sekali diharapkan para pelajar dapat berkomunikasi dengan baik bersama ahli kumpulan untuk membentuk strategi dalam permainan.
Ribuan ucapan terima kasih diucapkan kepada para peserta serta pihak pengurusan Kolej Tujuh Belas dalam menjayakan pertandingan Game Onz! ini. Semoga nilai semangat kesukananan dan kerjasama yang disampaikan melalui program tersebut dapat diamalkan dan diterapkan oleh para peserta untuk kegunaan di masa hadapan.
Tarikh Input: 28/06/2022 | Kemaskini: 29/06/2022 | s_syazana
PERKONGSIAN MEDIA