KOLEJ TUJUH BELAS - Pada 9 Mei hingga 18 Mei 2022 yang lalu, telah berlangsung program Career Week 2.0: Aspirasi Putra di bawah anjuran Sekretariat Alumni dan Kerjaya, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Tujuh Belas sesi 2021/2022. Program ini dijalankan bagi memberikan pendedahan kepada para pelajar akan elemen-elemen penting yang perlu ada dalam diri seorang pelajar sebelum bergelar graduan. Hal ini agar pelajar lebih bersedia dari segi mental dalam mengharungi cabaran dalam alam pekerjaan nanti.
Antara topik yang diperbincangkan ialah teknik berfikir yang positif, teknik pencarian kerja yang efektif, teknik penggunaan medium LinkedIn dengan betul, forum berkaitan kepentingan penglibatan diri dalam kokurikulum, forum berkenaan keusahawanan dan teknik kawalan stress. Semua topik tersebut dikongsikan dan diperbincangkan oleh para pelajar, para kakitangan dan para alumni dari Universiti Putra Malaysia selaras dengan moto “Berilmu, Berbakti”
Ribuan terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang menjayakan program Career Week 2.0: Aspirasi Putra secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga program ini dapat mencapai objektif utamanya iaitu pendedahan kepada para pelajar akan kepentingan kemahiran insaniah dalam melangkah ke alam kerjaya.
Tarikh Input: 27/05/2022 | Kemaskini: 27/05/2022 | s_syazana
PERKONGSIAN MEDIA