KOLEJ TUJUH BELAS, SERDANG - Pada 20 dan 27 Mei 2022 yang lalu, telah berlangsungnya program Jom Kitar Semula Siri 3 bagi pelajar Kolej Tujuh Belas di bawah anjuran Sekretariat Keceriaan dan Kelestarian Hijau. Program ini diadakan adalah sebagai salah satu platform kepada para pelajar Kolej Tujuh Belas untuk melibatkan diri dalam amalan kitar semula.
Program ini dijalankan selama dua hari bertempat di Blok D, Wing 3, Kolej Tujuh Belas.
Hari pertama iaitu pada 20 Mei 2022 merupakan giliran menghantar barang kitar semula bagi pelajar Blok A dan B, manakala hari kedua iaitu 27 Mei 2022 merupakan giliran bagi pelajar Blok C dan D. Setiap pelajar yang hadir membawa barang kitar semula akan mendapat nilai mata dan markah merit berdasarkan kuantiti barang seperti yang dipaparkan dalam poster program untuk rujukan para pelajar. Selain daripada memupuk nilai murni amalan kitar semula dalam diri pelajar, program ini turut melatih para urusetia yang dipilih daripada kalangan pelajar untuk mempelajari cara bersosial dan berkomunikasi yang baik dengan pelajar yang lain ketika program berlangsung. Program ini juga telah berjaya menarik minat ramai pelajar Kolej Tujuh Belas untuk mengumpul bahan kitar semula yang membawa kepada kurangnya pencemaran alam sekitar dan menceriakan suasana kolej kediaman. Akhir kata, Jom Kitar Semula Siri 3 turut merupakan siri terakhir bagi program ini dan akan melabuhkan tirai untuk sesi 2021/2022.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada para pelajar yang berjaya mengambil bahagian dalam menjayakan dan memeriahkan program kitar semula ini. Semoga program ini sedikit sebanyak dapat melestarikan alam persekitaran melalui pengurusan sisa pepejal yang mampan serta membuka mata pelajar untuk mengekalkan amalan kitar semula bahan buangan bagi mengekalkan keseimbangan alam sekitar.
Tarikh Input: 28/06/2022 | Kemaskini: 29/06/2022 | s_syazana
PERKONGSIAN MEDIA