PUPUK SEMANGAT CINTAKAN NEGARA SEJAK KECIL | KOLEJ TAN SRI MUSTAFFA BABJEE
» ARTIKEL » PUPUK SEMANGAT CINTAKAN NEGARA SEJAK KECIL

PUPUK SEMANGAT CINTAKAN NEGARA SEJAK KECIL

Menerap semangat patriotisme dalam kalangan anak sejak kecil sangat signifikan.

Usaha menerap semangat patriotisme dalam kalangan anak sejak kecil sangat signifikan, namun bagaimana melakukannya?

Ia boleh bermula dengan membelikan anak kecil Jalur gemilang yang menjadi kebanggaan Malaysia. Hiaskan sudut rumah dengan Jalur Gemilang yang indah.

Ceritakan juga kisah sejarah sebelum mencapai kemerdekaan kepada anak dengan bahasa santai dan mudah difahami.

Anak perlu didedahkan sejarah negara kita yang pernah dijajah kuasa asing iaitu Jepun dan British sehinggalah mencapai kemerdekaan pada 1957.

Ayuh ibu bapa, kita santuni anak dengan kisah ini untuk membangkitkan semangat patriotisme dalam jiwa mereka. Semoga anak kita memahami betapa penting menyayangi dan menghargai keamanan yang dinikmati sekarang.

Usahlah anak terikut dengan budaya Barat yang akan menyesatkan mentaliti dan ideologi. Bersihkan diri daripada anasir negatif yang bisa menghanyutkan mereka ke lembah kehinaan.

Kisahkan juga kepada anak supaya mereka berterima kasih kepada perajurit negara terdiri daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), serta semua anggota pertahanan yang berkorban jiwa dan raga demi mencapai kemerderkaan.

Mereka juga sentiasa bersiap sedia memastikan keselamatan dan keamanan negara tercinta.

Budayakanlah anak tercinta untuk membabitkan diri dengan sambutan kemerdekaan di peringkat sekolah, negeri dan negara demi menghayati makna sebenar kemerdekaan, menghargai perpaduan kaum serta keamanan yang dikecapi.

Sekiranya tidak terbabit secara langsung untuk sambutan, pastikan kita ajak anak-anak menonton televisyen semasa sambutan Hari Kebangsaan bagi membangkitkan rasa partriotisme, semangat perpaduan dan cintakan keamanan.

Anak adalah generasi pelapis bangsa dan pewaris negara tercinta. Sayangi Malaysiaku dan salam kemerdekaan.

Kredit: Rohayu Ahmad, Pensyarah Kanan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Johor

Tarikh Input: 18/08/2022 | Kemaskini: 23/08/2022 | s_syazana

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ TAN SRI MUSTAFFA BABJEE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1315
03 - 8947 2757
F, (04:18:52am-04:23:52am, 30 Mar 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]