SEMAIKAN BAKTI @ SRI SERDANG | KOLEJ TAN SRI MUSTAFFA BABJEE
» ARTIKEL » SEMAIKAN BAKTI @ SRI SERDANG

SEMAIKAN BAKTI @ SRI SERDANG

Oleh : Syazana Sarif
 
Malaysia terkenal dengan salah satu Negara yang masyarakatnya berbilang bangsa, kaum dan agama iaitu majoriti masyarakatnya terdiri daripada Melayu, Cina dan India. Bukan itu sahaja, Malaysia juga mempunyai pelbagai kaum etnik yang berbilang kaum. Seramai 80 ribu kaum etnik terdapat diMalaysia ini. Salah satu kaum etnik terbesar di Malaysia ialah kaum Melayu. Kaum Melayu merupakan kaum terbesar di Malaysia kerana, orang Melayu terkenal akan sifat peramah dan kebudayaan seni orang melayu yang sangat kaya. Umumnya, setiap kaum di Malaysia ini mempunyai cara dan adat yang berlainan. Akan tetapi, ia tidak sama sekali meruntuhkah hubungan antara pelbagai kaum. Malahan, ia menjadikan hubungan antara kaum menjadi semakin erat kerana mereka boleh mengenali akan budaya – budaya atau adat walaupun bukan dari bangsa mereka sendiri.
 
Hal ini menjadikan, rakyat Malaysia semakin erat antara satu sama lain. Selain itu, wujudnya pelbagai budaya juga dapat menjadikan mereka sebagai kaum yang bersatu padu, bekerjasama dan harmoni. Hal ini dapat dilihat, amalan gotong royong di taman perumahan atau di kampung-kampung, dimana seluruh komuniti yang berdekatan tanpa menilai bangsa dan agama akan bersama-sama bergotong royong dengan aman dan harmoni. Hal ini dapat menjadikan nama Malaysia lebih dikenali sebagai Negara yang mana rakyatnya sentasa bersifat bersatupadu dan berkerjasama secaraaman dan harmoni walaupun melakukan secara berbilang agama bangsa dan kaum. Jika dibandingkandengan Negara luar, terdapat pelbagai peselisihan yang telah berlaku di antara kaum terutamanyadalam isu agama, sosial, ekonomi dan lain-lain. 
 
Oleh kerana itu, peranan mahasiswa di kalangan rakyat Malaysia sangat penting bagi memupuk semangat akan perpaduan di negara ini. Antara peranan-peranan yang penting, dalam mewujudkan semangat perpaduan ini ialah, sebagai seorang mahasiswa , salah satu sifat yang perlu ada ialah sifat saling hormat - menghormati kerana dapat mewujudkan masyarakat yang lebih harmoni dan sejahtera. Sifat ini dianggap sebagai sifat yang murni dan sentiasa digalakkan pada setiap agama mahupun bangsa, kaum dan sebagainya.
 
Oleh yang demikian , Sekretariat Kesukarelawanan dan Mobiliti telah menganjurkan satu program yang berteraskan khidmat komuniti dan kemasyarakatan iaitu Program Semaikan Bakti @ Sri Serdang anjuran bersama dengan ahli jawatankuasa Surau Al Hidayah Taman Sri Serdang. Program ini dijalankan bertempat di Surau Al Hidayah Taman Sri Serdang. Program ini diadakan bertujuan untuk melahirkan semangat kesukarelawanan yang tinggi dalam diri Pelajar Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee dan memberi peluang kepada semua peserta untuk menjalankan aktiviti bersama komuniti setempat yang berhampiran dengan Universiti Putra Malaysia. Program ini telah disertai oleh 70 orang sukarelawan sepanjang program ini berlangsung selama dua siri. Antara aktiviti utama yang dijalankan ialah gotong royong membersihkan kawasan surau, mengecat pintu pagar dan mengemas stor surau.
 
 
 
 
Ribuan Terima Kasih diucapkan kepada semua para sukarelawan dan semua yang terlibat dalam menjayakan program ini , Diharapkan agar penganjuran program ini dapat melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang mempunyai nilai kesukarelawan yang tinggi disamping menjadi aset untuk masa hadapan.
 
 

Tarikh Input: 23/02/2023 | Kemaskini: 23/02/2023 | s_syazana

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ TAN SRI MUSTAFFA BABJEE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1315
03 - 8947 2757
Z, (11:53:28am-11:58:28am, 30 Mar 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]