SERDANG, 6 Oktober 2022 - Telah berlangsungnya program Aedes: Search and Destroy di bawah anjuran Sekretariat Sukan dan Rekreasi, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee sesi 2022/2023 dengan kerjasama Pusat Kesihatan Universiti, UPM dan Pihak Pengurusan Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee. Program ini diadakan untuk memastikan keadaan Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee bebas daripada menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes yang berbahaya. Program ini juga akan melahirkan persekitaran kolej yang bersih, selamat dan kondusif bagi warga penduduk kolej KMB. Seterusnya, para pelajar juga akan dapat berkerjasama dalam membersihkan persekitaran kolej serta mengeratkan hubungan sesama pelajar.
Program Aedes: Search and Destroy telah disertai oleh 364 orang pelajar tahun satu Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee. Pelajar dapat memenuhi tanggungjawab sebagai pelajar kolej dengan membantu pihak Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee menjaga persekitaran kolej daripada wabak penyakit yang dibawa oleh nyamuk Aedes. Program ini diharap dapat melahirkan mahasiswa Universiti Putra Malaysia yang peka terhadap keadaan kesihatan persekitaran mereka.
Ribuan terima kasih dan tahniah diucapkan kepada para pelajar tahun satu Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee yang sentiasa memberikan kerjasama, begitu juga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga program ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada para pelajar dan memupuk sikap prihatin kepada persekitaran dalam diri mereka.
Tarikh Input: 02/11/2022 |
Kemaskini: 02/11/2022 | s_syazana
PERKONGSIAN MEDIA