AGRIIMPACT; BOUND TO SOCIETY 3.0 | KOLEJ TAN SRI MUSTAFFA BABJEE
» BERITA » AGRIIMPACT; BOUND TO SOCIETY 3.0

AGRIIMPACT; BOUND TO SOCIETY 3.0

AGRIIMPACT; BOUND TO SOCIETY 3.0

Disediakan oleh: Tengku Maryam Binti Tengku Aziz

Chenor, Pahang, 5 Julai 2025– Program AgriImpact; Bound to Society 3.0 yang telah berlangsung pada 18 Mei 2025 di Kolej Vokasional (Pertanian) Chenor telah membuka ruang pembelajaran praktikal dan interaktif berkaitan sektor pertanian dan penternakan secara lestari. Program ini dianjurkan oleh Sekretariat Kelestarian Hijau dan Keterjaminan Makanan, MPK Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee (KTMB) sesi 2024/2025 UPM, dengan sokongan UCTC, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan pihak pengurusan kolej.

Seramai 130 pelajar menyertai program ini, melibatkan 30 pelajar dari KTMB dan 100 pelajar KVPCH. Program ini merupakan kesinambungan kepada AgriVenture: Bound to Society 2.0 dan memfokuskan kepada ilmu dan pendedahan lapangan dalam bidang pertanian moden dan keselamatan makanan.

Slot ceramah pertama disampaikan oleh Encik Muhammad Hazziq bin Mohd Hamdan, Penolong Pegawai Pertanian, UCTC UPM, yang membincangkan kepentingan pertanian mampan, strategi ternakan dan cabaran sekuriti makanan negara. Peserta turut aktif dalam sesi soal jawab.

Beberapa booth pameran bertemakan kelestarian hijau turut dibuka dengan informasi tentang pengurusan sisa makanan, biodiversiti dan gaya hidup hijau. Aktiviti seperti kuiz alam sekitar dan cabaran pertanian dilaksanakan secara interaktif.

Program diteruskan dengan lawatan ke kawasan pertanian KVPCH, termasuk ladang burung puyuh, kolam ikan air tawar, kandang lembu dan kambing. Peserta juga diberi taklimat menyeluruh mengenai proses pemprosesan puyuh dari penyembelihan, pelucutan bulu hingga pembungkusan yang memberi pemahaman tentang rantaian nilai makanan.

Program dirasmikan oleh YBrs. Ts. Anuar bin M Lela, Pengarah KVPCH, dan ditutup dengan sesi bergambar serta penyampaian cenderahati. Menurut Pengarah Program, Tengku Maryam Binti Tengku Aziz, “Kami yakin lawatan seperti ini memberi pengalaman yang tidak boleh diperoleh dalam bilik kuliah. Daripada penceritaan penceramah hinggalah pengalaman melihat burung puyuh diproses, semuanya menyumbang kepada pembinaan ilmu yang berasaskan realiti. Kami berharap program ini menjadi pemangkin minat pelajar untuk terus meneroka bidang pertanian secara lebih holistik dan berdaya saing.”

Secara keseluruhannya, program ini berjaya memberi pendedahan menyeluruh terhadap potensi, cabaran dan realiti sebenar dunia pertanian moden.


Interaksi bersama para pelajar di booth-booth yang disediakan

Sesi fotografi bersama YBsr. Ts. Anuar bin M Lela, Pengetua dan para pelajar Kolej Vokasional (Pertanian) Chenor

Para pelajar bermain permainan yang telah disediakan di setiap booth

Pelbagai booth menarik yang disediakan untuk menarik minat pelajar mendalami perkongsian ilmu berkenaan kelestarian hijau

Sesi perkongsian oleh En Muhammad Hazziq bin Hamdan berkenaan kepentingan pertanian kepada kita

 
 

Tarikh Input: 05/07/2025 | Kemaskini: 05/07/2025 | s_syazana

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ TAN SRI MUSTAFFA BABJEE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1315
03 - 8947 2757
X, (07:47:12pm-07:52:12pm, 06 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]