ANUGERAH KUALITI PERSEKITARAN TEMPAT KERJA HKIP 2023/2024 | KOLEJ TAN SRI MUSTAFFA BABJEE kmb
» BERITA » ANUGERAH KUALITI PERSEKITARAN TEMPAT KERJA HKIP 2023/2024

ANUGERAH KUALITI PERSEKITARAN TEMPAT KERJA HKIP 2023/2024

Serdang, 20 November 2024 – Sambutan Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP), Universiti Putra Malaysia (UPM) 2023/2024 telah diadakan pada 20 November 2024 (Rabu) bertempat di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), UPM. Majlis Sambutan HKIP UPM Tahun 2023/2024 kali ke-9, telah dianjurkan secara bersama oleh Pusat Jaminan Kualiti (CQA) dan Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), UPM.

Terdapat sebanyak 10 Anugerah dan 2 Hadiah yang telah dipertandingkan dengan tempoh penilaian oleh Peneraju Anugerah/Hadiah mulai pada 1 Ogos 2023 hingga 31 Julai 2024. Majlis ini merupakan medan khusus bagi mengiktiraf sumbangan dan penglibatan staf dan PTJ di UPM yang cemerlang dalam melaksanakan amalan pembudayaan kualiti serta menerapkan elemen kreativiti dan inovasi dalam perkhidmatan.

Tahniah diucapkan kepada semua staf Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee kerana telah merangkul tempat ketiga Kumpulan D Anugerah Kualiti Persekitaran Tempat Kerja, kemenangan Anugerah Kualiti Persekitaran Tempat Kerja ini adalah kemenangan kita bersama.

 

Tarikh Input: 25/11/2024 | Kemaskini: 25/11/2024 | adib

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ TAN SRI MUSTAFFA BABJEE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1315
03 - 8947 2757
X, (01:27:17am-01:32:17am, 06 Oct 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]