Anugerah Putra Ikon 2019-2021 | KOLEJ TAN SRI MUSTAFFA BABJEE
» BERITA » Anugerah Putra Ikon 2019-2021

Anugerah Putra Ikon 2019-2021

15 Ogos – Telah berlansung  Anugerah Putra Ikon 2019-2021 pada 11 Ogos 2022 bermula 8 hingga 11 malam bertempat di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Keseniaan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), UPM.

Naib Canselor UPM, YH. Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman, berkata majlis itu adalah untuk memberi pengiktirafan kepada pelajar yang telah memperlihatkan ketokohan, kewibawaan, prestasi yang unggul dan kesungguhan yang tinggi dalam aktiviti ko-kurikulum serta memperoleh keputusan yang cemerlang di dalam bidang masing-masing.

“Penganugerahan ini secara langsung dapat melahirkan pelajar modal insan kerana mereka adalah bakal pemimpin negara yang akan mencorakkan lanskap ketamadunan negara di masa depan,” katanya.

Pengetua Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee, Prof. Madya Dr. Jssronita Jasni turut mengucapkan tahniah kepada empat pelajar dari Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee yang telah mendapat pengiktirafan pada malam tersebut.

  • Antara anugerah yang telah diperolehi adalah:  
  • Anugerah Kepimpinan Sukarelawan (Alam Sekitar) – Khairun Nadia Hasrin
  • Anugerah Kepimpinan SUkarelawan ( Kesejahteraan Komuniti) – Teoh Jiu Yang
  • Anugerah Kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar – Ahmad Zaid Ismail
  • Anugerah Kepimpinan Sukan – ‘Aliah Abdul Rahman Law

Selain itu, seramai 14 finalist pelajar dari Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee turut tercalon. Pengetua KMB berharap anugerah dan pencalonan ini akan memupuk semangat kepada pelajar Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee untuk lebih aktif dalam menyumbang bakti kepada kolej khususnya dan kepada universiti juga.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), UPM, Prof. Dr. Ismi Arif Ismail, Timbalan Naib Canselor (Penyelidkan dan Inovasi), UPM, Prof. Dr. Nazamid Saari; Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), UPM, Prof. Dr. Arifin Abdu dan Ahli Jawatankuasa Pengurusan Universiti.

 

Tarikh Input: 15/08/2022 | Kemaskini: 15/08/2022 | s_syazana

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ TAN SRI MUSTAFFA BABJEE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1315
03 - 8947 2757
W, (04:03:18pm-04:08:18pm, 14 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]