PROGRAM ARENA CITRA TERUNGGUL
SERDANG, 1 Disember 2023 - Pada 8 Oktober 2023 yang lalu, Sekretariat Kebudayaan dan Kesenian telah menganjurkan Program Arena Citra Terunggul sempena Minggu Perkasa Putra Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee 2023/2024. Arena Citra Terunggul berlangsung di Dewan Kuliah Utama, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan dihadiri oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Jasronita binti Jasni, Pengetua Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee. Arena Citra Terunggul (ACT) merupakan sebuah pertandingan anjuran Sekretariat Kebudayaan dan Kesenian, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee dengan kerjasama Pengurusan Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee UPM. Pertandingan ini bertujuan untuk mengenal pasti bakat pelajar kolej yang akan mewakili pertandingan interkolej. ACT menjadi wadah yang baik kepada pelajar dalam mengekspirasi kreativiti dalam aspek lakonan, nyanyian, tarian dan persembahan instrumen. Selain itu, pelajar dapat memupuk semangat kerjasama berpasukan disamping menerapkan sifat berdaya saing secara sihat. ACT juga dapat melahirkan pelajar yang mahir berkomunikasi dan meningkatkan daya tahan dengan bersaing secara sihat.
Arena Citra Terunggul menjadi platform terbaik untuk mencungkil kreativiti dan bakat pelajar dalam aspek lakonan, nyanyian, tarian dan persembahan instrumen. Di samping itu, program ini bertujuan untuk mengenalpasti bakat pelajar tahun satu Universiti Putra Malaysia bagi mewakili Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee dalam pertandingan Malam Tunas Budaya Universiti Putra Malaysia.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada para peserta dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Arena Citra Terunggul ini. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada para pemenang Arena Citra Terunggul. Diharapkan para pelajar lebih berkeyakinan ke hadapan menonjolkan bakat seni persembahan di samping menpertingkat kemahiran-kemahiran insaniah dalam diri pelajar.


Tarikh Input: 06/12/2023 | Kemaskini: 06/12/2023 | s_syazana

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
Malaysia