KMB, 7 Okt 2022 – Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee, Universiti Putra Malaysia (UPM) sekali lagi telah terpilih untuk diaudit semula setelah berjaya disenarai pendek untuk penilaian akhir Anugerah Kualiti Persekitaran Tempat Kerja sempena HKIP-UPM 2022. Pada 13 September 2022 Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee telah di audit pada kali pertama Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Warga Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee sangat komited dalam pembudayaan dan amalan EKSA bagi menyediakan persekitaran tempat kerja selamat bagi staf dan penginapan yang selesa bagi pelajar Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee.
Anugerah ini adalah salah satu anugerah yang dipertandingkan sempena Sambutan Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan Tahun 2022 UPM.
Bagi melestarikan program ini, banyak pembaharuan dan pembaikan di kawasan kolej termasuk di pejabat pentadbiran, kawasan blok pelajar, dan kawasan sekitar Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee. Gotong royong di antara staf dan pelajar serta felo turut memainkan peranan penting dalam menjayakan persediaan EKSA.

Mewujudkan ruang membaca yang lebih cantik dan selesa di Bilik Bacaan di blok A


Mengecat dan mencantik papan info di blok kediaman pelajar

Menampal kata-kata mutiara bagi mencantik tangga di blok kediaman pelajar

Sudut Go-Green info di Pejabat Pentadbiran Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee


Susun atur semula pejabat supaya lebih kemas dan selesa.
Tarikh Input: 08/10/2022 | Kemaskini: 08/10/2022 | s_syazana

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
Malaysia