SERDANG, 25 OKTOBER 2024 - Seperti yang semua telah maklum, Audit Pensijilan Semula oleh pihak SIRIM bagi Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) ISO 9001:2015 dan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) ISO/IEC 27001:2013 bagi tahun 2024 telah diadakan pada 14 - 23 Oktober 2024. Seramai 11 orang Juruaudit QMS dan 2 org Juruuadit ISMS telah datang mengaudit di UPM pada tahun ini yang melibatkan 35 PTJ (skop QMS) dan 17 PTJ (skop ISMS). Jadual penuh audit dimaklumkan kepada PTJ sampel yang terlibat melalui hantaran email di Info@UPM pada 9 Oktober bagi membolehkan PTJ yang terlibat untuk bersiap sedia samada dari aspek dokumentasi, kesediaan Pusat Tanggung Jawab, dan staf yang akan terlibat sepanjang audit berlangsung.
Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee telah diaudit pada 22 Oktober 20224 bermula seawal jam 9.00 pagi sehingga 4.30 petang. Proses audit dimulakan dengan ucapan pembukaan serta pengenalan tentang Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee serta organisasi staf, felo dan Majlis Perwakilan Kolej yang berada di Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee. Sehubungan dengan itu, pihak kolej telah mengenal pasti dokumen dan aspek yang terlibat untuk di audit melalui senarai semakan audit yang telah diedarkan awal bagi memastikan proses audit berjalan lancar untuk semakan dokumen serta kecukupan persediaan di PTJ yang terlibat.

Sesi pengenalan dan pembukaan oleh Penolong Pendaftar Kanan Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee : Puan Norlida Zamberi, dibantu oleh Encik Muhamad Adib Kusni. Turut serta bersama menjadi wakil kolej kediaman adalah Puan Siti Noriza Samad, dari Kolej Tan Sri Aisyah Ghani, dan diiringi Puan Latifah Amir dari Kolej Empat Belas, UPM

Auditor SIRIM: En Hadi Aizat dalam sesi soal jawab bersama wakil pengurusan Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee. (Prof. Madya Dr. Nurul Hayah Khairuddin, Pengetua Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee)
Proses pengauditan melibatkan beberapa perkara seperti:

Semakan keberadaan aset terkini di lokasi melalui semakan borang SOK/KEW/BR051/AST-SENARAI ASET MENGIKUT LOKASI

Semakan audit di stor sukan yang terlibat bersama wakil kolej Encik Hazman Ghazali dan Encik Hairul Nizam Mohd Saroji
Setinggi-tinggi Penghargaan Atas Pelaksanaan Audit SIRIM untuk Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) MS ISO 9001:2015. Majlis penutup Audit Pensijilan Semula oleh pihak SIRIM bagi Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) ISO 9001:2015 dan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) ISO/IEC 27001:2013 bagi tahun 2024 telah berlansung pada 23 Oktober 2024 bermula jam 2.00 petang di Dewan Senat Cancelori, UPM menyaksikan Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee berjaya mendapat prestasi CEMERLANG dengan tiada penemuan OFI mahupun tindakan NCR. Walaubagaimanapun, pihak kolej amat memandang serius dengan setiap teguran dan cadangan penambahbaikan di Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee.
Kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak SIRIM atas pelaksanaan audit bagi Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) MS ISO 9001:2015 di Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee. Audit ini telah berjaya disempurnakan dengan jayanya, dan kami amat menghargai segala maklum balas serta cadangan yang diberikan. Proses audit ini adalah penting dalam memastikan kami terus mematuhi piawaian pengurusan kualiti yang tertinggi serta memperbaiki sistem kami dari semasa ke semasa. Kami komited untuk mengekalkan kecemerlangan dalam perkhidmatan dan operasi demi memenuhi kepuasan pelajar dan pelanggan serta meningkatkan kecekapan di dalam sistem tadbir urus di Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee. Sekali lagi, Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee ingin mengucapkan terima kasih kepada Encik Hadi Aizat daripada Bahagian Audit SIRIM dan semua warga Staf Pentadbiran Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee yang telah memberikan kerjasama penuh sepanjang proses pengauditan ini.
Tarikh Input: 25/10/2024 | Kemaskini: 25/10/2024 | s_syazana

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
Malaysia