Disediakan oleh: Ameera Sofea Binti Emran
16–22 Disember 2024, Serdang - Program Know Your Path 5.0 telah berjaya dianjurkan secara maya melalui platform Facebook Live oleh Sekretariat Jaringan Alumni dan Kerjaya, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee sesi 2024/2025 Universiti Putra Malaysia (UPM). Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai pelbagai laluan kerjaya dalam bidang kesihatan dan sains. Sebanyak tujuh siri telah dianjurkan, dengan fokus kepada bidang kerjaya yang berbeza. Seramai 38 ahli jawatankuasa telah terlibat dalam menjayakan program ini, dengan setiap siri dikendalikan oleh lima ahli jawatankuasa. Jumlah keseluruhan peserta adalah 4,420 orang.

Poster day 1- Poster Know Your Path 5.0 Siri 5.1

Gambar SIRI 5.1.3- Sesi bergambar bersama ahli panel pada Siri yang pertama
Siri 5.1: Pathways to Healing: Exploring a Career in Medicine
Siri ini telah berlangsung pada hari pertama dengan penyertaan 622 peserta. Dr. Safuraa Binti Salihan, Pensyarah Perubatan dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM, berkongsi mengenai realiti, cabaran, dan peluang dalam bidang perubatan. Beliau juga menekankan pentingnya profesionalisme dan kemahiran insaniah dalam kerjaya sebagai doktor perubatan.

Poster day 2- Poster Know Your Path 5.0 Siri 5.2

Gambar SIRI 5.2.3-Sesi bergambar bersama ahli panel ketika Siri yang kedua
Siri 5.2: Innovations in Health: A Dive into Biomedical Science
Pada hari kedua, 687 peserta menghadiri siri ini yang menampilkan Dr. Nurul Akmaryanti Abdullah, seorang pakar Biologi Sinaran dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM. Siri ini memperkenalkan inovasi bioperubatan, termasuk penggunaan teknologi diagnostik dan penyelidikan makmal, yang memainkan peranan penting dalam menyelesaikan masalah kesihatan global.

Poster day 3- Poster Know Your Path 5.0 Siri 5.3

Gambar SIRI 5.3.2-Sesi bergambar bersama ahli panel Siri 5.3
Siri 5.3: Caring for Tomorrow: A Comprehensive Guide to Nursing
Hari ketiga menyaksikan penyertaan seramai 454 peserta. Dr. Zarina Binti Haron, Pensyarah Kejururawatan dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM, memberi penerangan tentang peranan penting jururawat dalam sistem penjagaan kesihatan. Beliau turut menekankan kemahiran empati dan pengurusan masa yang diperlukan dalam bidang kejururawatan.

Poster day 4- Poster Know Your Path 5.0 Siri 5.4

Gambar SIRI 5.4-Sesi bergambar bersama ahli panel Siri 5.4
Siri 5.4: Diet for Life: Exploring the Role of a Dietitian
Siri ini berlangsung pada hari keempat dengan 659 peserta. Cik A’ishah Zafirah Binti Abdul A’zim, Pegawai Dietetik dari Hospital Sultan Abdul Aziz Shah, berkongsi mengenai kerjaya sebagai pakar diet. Beliau memberikan pandangan tentang pentingnya menangani isu seperti obesiti dan malnutrisi serta mempromosikan kesihatan melalui pemakanan seimbang.

Poster day 5- Poster Know Your Path 5.0 Siri 5.5

Gambar SIRI 5.5.2-Sesi bergambar bersama ahli panel Siri 5.5
Siri 5.5: Caring for Animals: A Journey into Veterinary Science
Pada hari kelima, 668 peserta hadir untuk mendengar perkongsian Dr. Syamira Syazuana Binti Zaini, Pensyarah Kanan dalam bidang kebajikan haiwan dari Fakulti Perubatan Veterinar. Siri ini memberi pendedahan kepada bidang perubatan veterinar, termasuk penjagaan kesihatan haiwan, kawalan penyakit zoonotik, dan usaha konservasi untuk keseimbangan ekosistem.

Poster day 6- Poster Know Your Path 5.0 Siri 5.6

Gambar SIRI 5.6.3-Sesi bergambar bersama ahli panel Siri 5.6
Siri 5.6: Safety First: Careers in Occupational Safety and Health
Hari keenam menarik 615 peserta, dengan pembentangan oleh Dr. Vivien How, pakar dalam Penilaian Risiko Bahan Kimia dan Kesihatan dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM. Siri ini memfokuskan kepada kerjaya keselamatan dan kesihatan pekerjaan, termasuk pengurusan risiko, audit keselamatan, dan aplikasi teknologi terkini di tempat kerja.

Poster day 7- Poster Know Your Path 5.0 Siri 5.7

Gambar SIRI 5.7.3-Sesi bergambar bersama ahli panel Siri 5.7
Siri 5.7: Eating Right: Careers and Insights in Nutrition
Siri terakhir berlangsung pada hari ketujuh dengan kehadiran tertinggi, iaitu 715 peserta. Prof. Madya Dr. Chin Yit Siew dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM membincangkan peranan ahli pemakanan dalam meningkatkan kesejahteraan komuniti melalui promosi gaya hidup sihat dan penyelidikan pemakanan.
Secara keseluruhan, Program Know Your Path 5.0 telah memberikan impak yang besar kepada pelajar. Ia membantu mereka memahami realiti dunia pekerjaan, cabaran global, dan kemahiran yang diperlukan untuk berjaya. Perkongsian panel pakar telah memberi inspirasi kepada pelajar untuk merancang laluan kerjaya mereka dengan lebih jelas, selain menggalakkan mereka menjadi agen perubahan positif dalam bidang masing-masing.
Tarikh Input: 07/01/2025 | Kemaskini: 07/01/2025 | adib

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
Malaysia