Sekretariat Kesukarelawanan dan Mobiliti, Majlis Perwakilan Kolej Tujuh Belas, Universiti Putra Malaysia melancarkan "Connect Beyond Homeland Mobility" (CBHM), sebuah program mobiliti maya antarabangsa yang menghimpunkan 47 pelajar dari Malaysia, Thailand, Jepun, Itali dan Perancis pada 28 dan 29 Mei 2022.
Program ini bertujuan untuk membantu pelajar menjalin hubungan persahabatan dengan pelajar dari universiti negara luar di seluruh dunia, malah menggalakkan mereka dalam menambah ilmu dan pembelajaran sepanjang hayat. Bertepatan dengan tema program ini adalah -"Connect and Learn 4 Life" yang telah dicipta.
Sepanjang acara dua hari itu, para peserta bertukar-tukar pengetahuan, intelek, budaya, dan pengalaman sukarelawan. Kerjasama universiti-universiti yang terlibat dalam menjayakan program ini membolehkan institusi menjadi lebih kuat, melibatkan diri dalam hubungan diplomatik, dan mencapai sasaran pengikut antarabangsa yang lebih besar. Semasa forum yang diadakan, "Perkongsian Projek Penyelidikan dan Panduan oleh Profesional", Profesor Madya Dr. Ngatu Roger dari Universiti Kagawa, Jepun berkongsi pengalamannya menyaksikan pelajar tahun akhir menghadiri bengkel latihan. Turut hadir Dr Nor Eliani Ezani (UPM), Assist. Madya Dr. Dusanee Suwankhong (Universiti Thaksin, Thailand) dan Dr. Lara Tinacci (Universiti Pisa, Itali) ialah ahli panel yang lain.
Forum tersebut merupakan salah satu sorotan CBHM, yang memfokuskan kepada ilmu ilmiah yang berguna dari pelbagai perspektif. Ia dijalankan berdasarkan salah satu nadi Agenda Pembangunan Lestari 2030 oleh Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (SDG 4) iaitu Pendidikan Berkualiti.
Pihak penganjur ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang menyokong dan membantu program sama ada secara langsung atau tidak langsung. Semoga porgram ini dapat diadakan lagi dengan penambahbaikan yang sewajarnya. Semoga program ini dapat membawa manfaat, kegembiraan, kerja berpasukan, persahabatan, keuntungan dan hubungan yang terbina akan berkekalan baik.
Dengan kerjasama UNIVERSITA DI PISA



Tarikh Input: 10/06/2022 | Kemaskini: 10/06/2022 | s_syazana

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
Malaysia