Menjulang Kerjasama Antarabangsa: Program Mobiliti Maya UPM & Walailak University
Disediakan Oleh: Muhammad Haziq bin Mohd Jamaluddin
Serdang - Program Connect Beyond Homeland Mobility 4.0, anjuran Sekretariat Kesukarelawanan dan Pengantarabangsaan Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee (KTMB) sesi 2024/2025, Universiti Putra Malaysia (UPM), telah berjaya dilaksanakan secara maya melalui platform Google Meet pada 31 Mei dan 1 Jun 2025 yang lepas. Program ini diadakan dengan kerjasama University of Walailak, Thailand yang merupakan sebuah inisiatif bertujuan untuk menggalakkan perkongsian ilmu yang merangkumi tema perkongsian bahasa, budaya dan perayaan.
Sepanjang program yang berlangsung, pelbagai aktiviti menarik telah dianjurkan. Antaranya termasuk majlis perasmian, sesi ice-breaking, perkongsian bahasa, budaya dan perayaan pada hari pertama yang dikendalikan oleh para peserta program. Pada hari kedua pula, berlangsungnya sesi perkongsian berkaitan aktiviti dan program yang dianjurkan oleh universiti, yang disampaikan oleh ahli Majlis Perwakilan Kolej, KTMB dan Walailak University. Program ini diakhiri dengan majlis penutup.

Sesi perkongsian oleh pelajar KTMB

Sesi perkongsian oleh Walailak University

Perkongsian oleh badan kepimpinan pelajar KTMB
Program ini telah dirasmikan oleh YBrs. Prof. Madya. Dr. Nurul Hayah binti Khairudin, Pengetua Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee. Malah, turut dihadiri Mohamad Haikal bin Arsahak, Presiden Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee sesi 2024/2025. Program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan penyertaan seramai 16 orang pelajar dari Walailak University, Thailand, serta 661 orang peserta yang terdiri daripada pelajar Kolej, Selain itu, seramai 21 pelajar dari KTMB juga terlibat sebagai ahli jawatankuasa pelaksana.

Sesi bergambar
Dengan penganjuran program ini, para peserta, khususnya pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM), dapat mengasah serta meningkatkan keupayaan mereka dalam menyampaikan maklumat secara jelas dan berkesan. Selain itu, program ini juga memberi peluang kepada pelajar untuk menyumbang idea-idea yang bernas, bekerjasama dalam pasukan, serta berkongsi tenaga, ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam suasana yang kondusif. Inisiatif seperti ini turut berperanan penting dalam mendorong pemikiran yang lebih terbuka, kritis dan inovatif, di samping membina kefahaman yang lebih mendalam tentang isu-isu global. Secara tidak langsung, ia memberikan pengalaman bermakna kepada pelajar dalam menjalin hubungan dengan komuniti antarabangsa dan memperluas perspektif mereka dalam dunia yang semakin saling berhubung.

Barisan ahli jawatankuasa pelaksana
Tarikh Input: 05/07/2025 | Kemaskini: 05/07/2025 | s_syazana

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
Malaysia