Fitness Fiesta | KOLEJ TAN SRI MUSTAFFA BABJEE
» BERITA » Fitness Fiesta

Fitness Fiesta

Fitness Fiesta Ceriakan Warga Kolej: Aktiviti Zumba Bersama Dr. Aditya Adawiah Semarakkan Gaya Hidup Aktif dan Sihat

 Oleh: Dalia Dayana, ssr.mpkktmb.2425@gmail.com

Serdang -
Sekretariat Sukan dan Rekreasi, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee (KTMB), Sesi 2024/2025 dengan kerjasama Pusat Kesihatan Universiti dan Pihak Pengurusan KTMB, Universiti Putra Malaysia (UPM) baru-baru ini telah menganjurkan program Fitness Fiesta pada 24 April dan  19 Jun 2025 bertempat di Dataran KTMB. Program ini melibatkan pelajar-pelajar KTMB dan juga instruktor zumba dari Pusat Kesihatan Universiti, Universiti Putra Malaysia. Program ini dijalankan untuk meningkatkan tahap kesihatan dan keaktifan para peserta sambil mengukuhkan tabiat gaya hidup sihat dalam kalangan pelajar.

Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee menghargai komitmen dan kesudian Dr. Aditya Adawiah Darwis dan pasukan beliau dari Pusat Kesihatan Universiti untuk bekerjasama dalam mengendalikan aktiviti zumba. Kehadiran mereka bukan sahaja menceriakan program, malah telah memberikan pengalaman yang menyeronokkan dan bermanfaat kepada para peserta. Aktiviti zumba dijalankan dengan pengimplementasian pelbagai genre lagu dan pergerakan dinamik untuk mencergaskan peserta yang menyertai.

Kejayaan penganjuran program ini membuktikan tahap kesedaran yang tinggi dalam kalangan pelajar terhadap kepentingan penjagaan kesihatan fizikal dan mental. Aktiviti seperti Zumba bukan sahaja menyeronokkan, malah menjadi kaedah efektif untuk mengurangkan tekanan dan meningkatkan kesejahteraan diri. Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta, termasuk para pelajar dan staf, yang telah bersama-sama menjayakan program ini serta memberikan sokongan padu dari awal hingga akhir.

Diharapkan inisiatif sebegini dapat diteruskan dan diperkembangkan pada masa akan datang. Program seperti ini bukan sahaja mencerminkan nilai-nilai murni seperti kerjasama dan disiplin, tetapi juga seiring dengan aspirasi universiti dalam melahirkan graduan yang seimbang dari segi akademik, emosi dan fizikal. Secara keseluruhan, Fitness Fiesta bukan sahaja menjadi medium kecergasan fizikal, tetapi turut berjaya memperkukuh hubungan antara pelajar serta menyemai semangat kesukanan yang tinggi. Semoga usaha murni ini terus menyemarakkan gaya hidup sihat dalam kalangan warga KTMB dan menjadi inspirasi kepada lebih ramai pelajar untuk menyertai program-program sebegini pada masa akan datang.

Peserta sedang mengikuti zumba sempena program Fitness Fiesta

Aktiviti zumba diketuai oleh Dr Aditya Adawiah Darwis dengan penuh bertenaga di hadapan peserta


Prof. Madya Dr. Nurul Hayah turut menyertai sesi zumba bersama para pelajar Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee

Sesi fotografi bersama instruktor dari Pusat Kesihatan Universiti dan para pelajar Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee yang turut serta dalam program Fitness Fiesta

Tarikh Input: 05/07/2025 | Kemaskini: 05/07/2025 | s_syazana

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ TAN SRI MUSTAFFA BABJEE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1315
03 - 8947 2757
W, (03:56:03am-04:01:03am, 17 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]