Forum Mahasiswa “Lifestyle- Beyond The Trend” | KOLEJ TAN SRI MUSTAFFA BABJEE
» BERITA » Forum Mahasiswa “Lifestyle- Beyond The Trend”

Forum Mahasiswa “Lifestyle- Beyond The Trend”

Forum Mahasiswa “Lifestyle- Beyond The Trend

Disediakan oleh: Nor Iffah Atikah Binti Norjahan

23 November 2025, Serdang – Sekretariat Akademik dan Pembangunan Intelektual, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee, sesi 2025/2026 telah menganjurkan program Forum Mahasiswa “Lifestyle- Beyond The Trend” bertempat di Dewan Kuliah Utama, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM). Program ini memberi tumpuan kepada isu semasa mahasiswa khususnya pengaruh media sosial, budaya trending dan gaya hidup viral yang memberi kesan terhadap kesejahteraan mental serta sosial pelajar. Seramai 300 orang pelajar Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee (KTMB) telah hadir untuk menyertai program ini.

Program ini menampilkan tiga orang panel jemputan iaitu Prof. Madya Dr. Nor Azura binti Adzharuddin, pensyarah kanan dalam bidang komunikasi dan media baharu, Encik Mohd Redzuan bin Zamberi, Ketua Unit Kesedaran Psikososial dan Pegawai Psikologi UPM, serta Ong Jelyn, pelajar Tahun 4 Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS), Universiti Malaya yang aktif dalam kepimpinan mahasiswa dan advokasi kesihatan. Ketiga-tiga panel telah berkongsi pandangan serta pengalaman berkaitan impak media sosial dan fenomena trending terhadap kehidupan pelajar masa kini.

Program dimulakan dengan pendaftaran peserta secara fizikal di Dewan Kuliah Utama, diikuti ketibaan tetamu kehormat dan panel jemputan. Forum bermula pada jam 8.15 malam dan dikendalikan oleh moderator, Saudara Kamal Aliff. Perbincangan ini menekankan pengaruh budaya mengikut trend terhadap pemikiran, tingkah laku serta kesejahteraan emosi pelajar, termasuk isu tekanan rakan sebaya, fenomena trending dan cabaran imej diri dalam talian.

Pendaftaran para peserta secara fizikal di Dewan Kuliah Utama

Sesi Forum Mahasiswa “Lifestyle- Beyond The Trend” bersama panel jemputan

Setelah sesi forum berakhir, program diteruskan dengan sesi soal jawab yang memberi peluang kepada pelajar berinteraksi secara langsung dengan panel. Sesi ini berakhir pada jam 9.40 malam dan diteruskan dengan penyampaian cenderahati serta sesi fotografi. Program berakhir sekitar jam 10.00 malam.

Sesi soal jawab bersama panel jemputan

Sesi penyampaian cenderahati kepada panel jemputan

 

Sesi fotografi bersama panel jemputan, para peserta dan ahli jawatankuasa program

Program ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran mahasiswa terhadap pengaruh trend semasa dan media sosial, serta memupuk pemikiran kritis dan keseimbangan dalam kehidupan seharian selaras dengan usaha universiti melahirkan graduan holistik.

 

                                                                                             












 

Tarikh Input: 20/01/2026 | Kemaskini: 20/01/2026 | s_syazana

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ TAN SRI MUSTAFFA BABJEE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1315
03 - 8947 2757
X, (04:27:46am-04:32:46am, 05 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]