GROW AND KNOW: BOUND TO SOCIETY (FASA 2) | KOLEJ TAN SRI MUSTAFFA BABJEE
» BERITA » GROW AND KNOW: BOUND TO SOCIETY (FASA 2)

GROW AND KNOW: BOUND TO SOCIETY (FASA 2)

Serdang, 3 April 2023 - Telah berlangsungnya Grow and Know: Bound To Society (Fasa 2) anjuran Sekretariat Akademik, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee sesi 2022/2023 dengan kerjasama Persatuan Genetik Malaysia dan Kampung Tengah, Gemencheh, Negeri Sembilan pada 17 hingga 19 Mac 2023 yang lalu, seramai 50 warga kampung dan 30 orang pelajar Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee (KMB) telah menyertai program tersebut. Program ini adalah kesinambungan daripada program Bound To Society Fasa 1 yang telah berlangsung sepanjang semester pertama sesi 2022/2023.
 
Program ini bertujuan untuk menggalakkan pelajar berkongsi ilmu pengetahuan mengenai Genetically Modified Organism (GMO) kepada komuniti melalui program intervensi pemindahan pengetahuan. Antara aktiviti yang dijalankan semasa program adalah pembentangan poster GMO yang telah dihasilkan oleh pelajar KMB kepada warga Kampung Tengah Gemencheh. Selain itu, pelajar KMB juga berpeluang untuk melawat kawasan pertanian rendang maman Kampung Tengah, Gemencheh, Negeri Sembilan. Aktiviti sukaneka seperti kerusi muzik, meniup belon dan makan pisang telah diadakan untuk kanak-kanak.
 
Sepanjang program ini berlangsung, kesemua pihak yang terlibat memberikan kerjasama yang sangat baik. Samada komitmen dari pihak pelajar Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee, wakil NGO Persatuan Genetik Malaysia mahupun penduduk Kampung Tengah, Gemencheh, Negeri Sembilan, kesemua pihak bersama sama melibatkan diri dalam program yang dianjurkan dan menjayakan program seperti yang telah dirancang. Sepanjang program ini berlangsung, para pelajar dapat menimba pelbagai ilmu dari penduduk kampung dan bergaul mesra dengan penduduk kampung terutamanya warga emas kampung tersebut. 
 
 
 
 
 
Majlis Penutupan Program Grow and Know: Bound To Society telah dirasmikan oleh Tuan Haji Abd Latif A. Tambi, Penyelaras Dewan Undangan Negeri, Gemencheh. Bersama-sama di majlis penutupan tersebut juga turut dihadiri oleh tetamu kehormat, iaitu Ketua Kampung, Kampung Tengah, Gemencheh, Negeri Sembilan, Encik Mokhtar bin Rashid, dan Pengetua Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee, YBrs. Prof. Madya Dr. Jasronita binti Jasni.
 
 
Ribuan terima kasih diucapkan kepada para peserta dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga semua pelajar yang menyertai program ini dapat memperoleh pengalaman yang baharu dan memperkasakan kemahiran insaniah mereka melalui interaksi bersama penduduk kampung.
 

Tarikh Input: 03/04/2023 | Kemaskini: 03/04/2023 | s_syazana

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ TAN SRI MUSTAFFA BABJEE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1315
03 - 8947 2757
W, (07:55:52am-08:00:52am, 15 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]