SERDANG, KOLEJ TUJUH BELAS - Pada 16, 17, 23 dan 24 April 2022 di bawah anjuran Sekretariat Kesukarelawanan dan Mobiliti, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Tujuh Belas Sesi 2021/2022, telah berlangsung program K17 Knowledge Mobility yang diadakan secara maya di Facebook KOLEJ 17 UPM RASMI. Sesi perkongsian yang dijalankan ini merupakan satu kerjasama bersama Fakultas Matematika dan Ilmu Pengetahuan Alam, Universitas Negeri Yogyakarta serta kerjasama bersama Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia. Terdapat lima slot sesi perkongsian telah dijalankan.
Antara pengisian sesi perkongsian tersebut termasuklah pendedahan mengenai ilmu pengetahuan yang bertemakan Sains dan Kesihatan serta Pemuliharaan Hidupan Liar. Terdapat empat orang penceramah daripada Universitas Negeri Yogyakarta (UNY) dan seorang penceramah daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) yang memberikan perkongsian tentang betapa pentingnya untuk kita memulihara hidupan liar terutamanya spesies-spesies yang terancam. Selain itu, program ini juga telah menganjurkan pertandingan pembentangan poster bagi peserta UPM dan UNY untuk mendedahkan mereka dengan topik-topik yang telah dikongsikan oleh penceramah-penceramah jemputan.
Pihak penganjur berharap agar peserta khususnya pelajar universiti mampu untuk menjadi seseorang yang lebih mementingkan pendidikan sekaligus dapat menyemai nilai-nilai moral dalam kehidupan seharian mereka. Peserta juga diharapkan agar menggunakan ilmu tersebut untuk tujuan yang baik dalam membantu masyarakat.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Fakultas Matematika dan Ilmu Pengetahuan Alam, Universitas Negeri Yogyakarta, Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia, dan pihak yang membantu serta menyokong sepenuhnya dalam menjayakan program ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Kerjasama daripada mereka adalah amat dihargai oleh pihak penganjur.
Tarikh Input: 12/05/2022 |
Kemaskini: 27/05/2022 | s_syazana
PERKONGSIAN MEDIA