KELAB RAKAN HIJAU KOLEJ TAN SRI MUSTAFFA BABJEE | KOLEJ TAN SRI MUSTAFFA BABJEE
» BERITA » KELAB RAKAN HIJAU KOLEJ TAN SRI MUSTAFFA BABJEE

KELAB RAKAN HIJAU KOLEJ TAN SRI MUSTAFFA BABJEE

SERDANG, 5 November 2022 - bertempat Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee telah berlangsungnya aktiviti gotong-royong pembersihan kebun hidroponik, Blok C, Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee. Aktiviti gotong-royong ini merupakan aktiviti pertama di bawah program Kebun Hidroponik: Sawi anjuran Sekretariat Keceriaan dan Kelestarian Hijau, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee sesi 2022/2023. Selain itu, aktiviti ini dilaksanakan bagi mewujudkan kawasan penanaman yang sentiasa bersih, kemas dan selamat sepanjang program kebun hidroponik dijalankan. Bukan itu sahaja, aktiviti gotong-royong ini dapat melatih para pelajar untuk sentiasa bekerjasama dalam mengekalkan kebersihan persekitaran kebun hidroponik serta mengeratkan hubungan silaturahim sesama ahli Kelab Rakan Hijau.
 
Aktiviti gotong-royong pembersihan kebun hidroponik telah disertai oleh 36 orang ahli Kelab Rakan Hijau dan mereka telah menjalankan tanggungjawab mereka dengan menjayakan aktiviti gotong-royong ini. Program ini dilihat dapat mewujudkan semangat berpasukan dalam kalangan ahli Kelab Rakan Hijau kerana mereka bekerja dalam kumpulan dan bekerjasama sewaktu menjalankan aktiviti. Aktiviti berlangsung selama satu hari bermula seawal pagi dan berakhir pada 5 petang. Mereka juga turut membersihkan kawasan sekitar kebun bagi mengelakkan kewujudan nyamok aedes dan haiwan perosak yang boleh mengancam tanaman dan kawasan kebun Kelab Rakan Hijau, Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee.
 
Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada ahli Kelab Rakan Hijau sesi 2022/2023 yang dapat memberikan komitmen yang tinggi dalam menjayakan aktiviti ini, begitu juga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan aktiviti pembersihan kebun hidroponik. Semoga aktiviti seperti ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada ahli Kelab Rakan Hijau dan seterusnya meningkatkan semangat pelajar untuk mempelajari dengan lebih mendalam tentang ilmu penanaman hidroponik sehingga mereka dapat mahir dengan teknik penanaman ini. 
 
 
 

Tarikh Input: 09/12/2022 | Kemaskini: 09/12/2022 | s_syazana

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ TAN SRI MUSTAFFA BABJEE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1315
03 - 8947 2757
W, (12:24:18am-12:29:18am, 18 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]