KELUARGA MALAYSIA KMB | KOLEJ TAN SRI MUSTAFFA BABJEE
» BERITA » KELUARGA MALAYSIA KMB

KELUARGA MALAYSIA KMB

OGOS 2022 – Bersempena sambutan bulan kemerdekaan Malaysia yang ke 65 tahun, Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee juga menyahut seruan untuk mengibarkan Jalur Gemilang yang dipasang di sekitar kolej bermula 3 Ogos 2022 bagi memupuk dan menzahirkan rasa semangat cinta negera untuk menyambut hari kemerdekaan tidak lama lagi.

Turut menyemarakkan bulan kemerdekaan, Sekretariat ICT dan Penerbitan turut mengadakan pertandingan dan program bersempena bulan kemerdekaan yang telah berlansung bermula Ogos sehingga September. Antara program yang akan diadakan Kuiz Trivia Kemerdekaan, Pertandingan Video Tik Tok Kreatif, Malaysia Traditional Fashion Show, dan pertandingan Persembahan Instrumen Semarak Merdeka bertemakan ‘KELUARGA MALAYSIA’. Terbuka kepada semua pelajar KMB dan merit kolej di berikan kepada peserta bagi memupuk semangat patriotisme.

Patriotisme juga bukan sekadar semangat, tetapi ia merupakan sesuatu yang agung melibatkan soal keyakinan, kesetiaan, kewarganegaraan, keberanian, kemerdekaan, jati diri dan kedaulatan. Justeru itu, setiap pelajar dan warga Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee harus menanamkan sifat cinta negara yang tinggi.

Nasionalisme adalah gerakan mencipta masyarakat yang lebih terbuka untuk mendapatkan kebahagiaan perseorangan, bagi menjamin kemerdekaan warganegara dan membebaskan akal dan fikiran. Dengan kata lain, nasionalisme itu adalah satu semangat.

Juga seperti di Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee, kebudayaan berbilang agama, bangsa, bahasa di kalangan pelajar boleh menimbulkan semangat nasionalisme. Melalui elemen-elemen tersebut juga, ia mampu mewujudkan semangat yang dapat melahirkan satu identiti baharu bagi jiwa yang dijajah. Semangat nasionalisme juga dapat melahirkan perasaan bersatu padu antara pelajar dan warga Universiti Putra Malaysia.

 

 

Tarikh Input: 29/08/2022 | Kemaskini: 29/08/2022 | s_syazana

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ TAN SRI MUSTAFFA BABJEE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1315
03 - 8947 2757
W, (01:25:22am-01:30:22am, 16 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]