Kem Perkasa Siswa Perkasa Jati Diri Dan Kepimpinan Mahasiswa KTMB | KOLEJ TAN SRI MUSTAFFA BABJEE kmb
» BERITA » Kem Perkasa Siswa Perkasa Jati Diri dan Kepimpinan Mahasiswa KTMB

Kem Perkasa Siswa Perkasa Jati Diri dan Kepimpinan Mahasiswa KTMB

Kem Perkasa Siswa Perkasa Jati Diri dan Kepimpinan Mahasiswa KTMB

Disediakan oleh: Mohamad Haikal bin Arsahak

Batang Kali, 5 Julai 2025 – Majlis Tertinggi Majlis Perwakilan Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee (KTMB) sesi 2024/2025 dengan kerjasama Kesatuan Mahasiswa UPM dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar, telah menganjurkan Kem Perkasa Siswa 5.0 yang berlangsung dari 8 hingga 11 Mei 2025, bertempat di Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee dan Kem Rimba Tamu, Batang Kali, Selangor. Program ini merupakan inisiatif tahunan bagi mencungkil potensi kepimpinan dalam kalangan pelajar baharu serta memperkukuh nilai sahsiah, disiplin dan kerjasama.

Aktiviti ice breaking dan komunikasi berkesan di Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee

Antara objektif utama program termasuk membina keyakinan pelajar dalam berkomunikasi dengan pelbagai latar budaya, keberanian menyuarakan pendapat, serta keupayaan menyelesaikan cabaran secara berkumpulan. Sebanyak 60 orang pelajar tahun pertama terlibat secara langsung sebagai peserta, dibantu oleh 15 orang Majlis Perwakilan Kolej dan 5 orang felo kolej sebagai fasilitator program.

 

Aktiviti kembara ke gua yang mencabar di Kem Rimba Tamu

Pelbagai modul menarik dan bermanfaat telah dijalankan antaranya Ice Breaking, Komunikasi Berkesan, Leadership Games, Kembara Gua, Flying Fox, dan Merentas Halangan. Program disusun dengan pendekatan holistik, menggabungkan aktiviti fizikal, intelektual dan emosi bagi memperkukuh ketahanan diri dan semangat kerja berpasukan dalam kalangan peserta.

Aktiviti Kembara Malam membina keberanian dan kerjasama kumpulan

Pengarah program, Mohamad Haikal bin Arsahak menyatakan bahawa program ini diharap dapat menjadi medan pembangunan pelajar yang lebih komprehensif, bukan sahaja melahirkan pemimpin pelapis, malah individu yang berdaya saing dan berintegriti. “Kami mengutamakan pembinaan karakter dan kesedaran tanggungjawab sebagai asas kepimpinan sejati,” katanya.

Program ini turut mendapat respon positif dengan kadar kepuasan 98.08% berdasarkan borang penilaian peserta. Kecekapan urus setia, fasilitator yang berpengalaman serta susun atur modul yang mantap menjadi antara faktor utama kejayaan program ini.

 

Sesi refleksi dan penutup program yang penuh emosi dan makna

Walaupun berdepan cabaran seperti cuaca tidak menentu dan lokasi yang mencabar, pihak penganjur telah mengenal pasti ruang penambahbaikan termasuk penyediaan modul indoor sebagai alternatif serta pengurusan jadual yang lebih fleksibel. Usaha ini dijangka menjadikan program akan datang lebih tersusun dan inklusif.

Secara keseluruhannya, Kem Perkasa Siswa 5.0 telah berjaya menjadi platform berimpak tinggi dalam melatih dan memperkasa mahasiswa KTMB. Program ini diyakini mampu melahirkan barisan pemimpin kolej yang berkualiti tinggi, dinamik serta bersedia menyahut cabaran masa hadapan demi universiti dan negara.

Tarikh Input: 05/07/2025 | Kemaskini: 05/07/2025 | s_syazana

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ TAN SRI MUSTAFFA BABJEE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1315
03 - 8947 2757
X, (02:20:19pm-02:25:19pm, 08 Oct 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]