KTMB ORIGINS: HIJAU BERSEMI MAKANAN TERPELIHARA | KOLEJ TAN SRI MUSTAFFA BABJEE kmb
» BERITA » KTMB ORIGINS: HIJAU BERSEMI MAKANAN TERPELIHARA

KTMB ORIGINS: HIJAU BERSEMI MAKANAN TERPELIHARA

KTMB ORIGINS: HIJAU BERSEMI MAKANAN TERPELIHARA

Serdang 2025 - Pada 20 Jun 2025 yang lalu, Sekretariat Kelestarian Hijau dan Keterjaminan Makanan, Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee (KTMB), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan program KTMB Origins: Hijau Bersemi Makanan Terpelihara secara siaran langsung di Facebook Live melalui platform StreamYard.

Program ini diadakan bagi mengenang jasa dan sumbangan besar Allahyarham Tan Sri Mustaffa Babjee dalam memperjuangkan keselamatan makanan negara serta menaikkan martabat profesion perubatan veterinar di Malaysia. Selain itu, program ini bertujuan memupuk kesedaran pelajar terhadap sejarah penubuhan kolej serta menghayati nilai-nilai hidup tokoh tersebut sebagai inspirasi dalam kehidupan peribadi dan profesional mereka. Ceramah khas telah disampaikan oleh YBhg. Profesor Emeritus Dato’ Dr. Sheikh Omar Abd. Rahman, tokoh terkemuka dalam bidang perubatan veterinar. Beliau berkongsi tentang sejarah hidup, visi kepimpinan dan sumbangan Allahyarham dalam pembangunan Fakulti Perubatan Veterinar serta dasar-dasar berkaitan kesihatan haiwan dan masyarakat.

Program ini turut menampilkan sesi soal jawab interaktif bersama penonton melalui ruangan chat Facebook Live, yang memberikan peluang kepada pelajar untuk lebih mengenali perjuangan dan pengalaman bersama Allahyarham Tan Sri Mustaffa Babjee.

Dengan penganjuran program ini, adalah diharapkan agar para pelajar dapat menghayati semangat dan legasi Tan Sri Mustaffa Babjee dalam menerajui bidang keselamatan makanan dan perubatan veterinar negara, serta menjadikan nilai-nilai murni beliau sebagai pedoman dalam kehidupan seharian.

Saudari Fa’iqah Nayli sebagai moderator program dan Prof Emeritus Dato Dr Sheikh Omar Abd Rahman sebagai panel jemputan program

AJK program KTMB origins: Hijau Bersemi Makanan Terpelihara

Tarikh Input: 05/07/2025 | Kemaskini: 05/07/2025 | s_syazana

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ TAN SRI MUSTAFFA BABJEE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1315
03 - 8947 2757
X, (12:40:40pm-12:45:40pm, 18 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]