KTMB Perkasa Kesedaran Kesihatan Pelajar Melalui Program JIWA PUTRA @ KTMB: S.A.F.E College | KOLEJ TAN SRI MUSTAFFA BABJEE kmb
» BERITA » KTMB Perkasa Kesedaran Kesihatan Pelajar Melalui Program JIWA PUTRA @ KTMB: S.A.F.E College

KTMB Perkasa Kesedaran Kesihatan Pelajar Melalui Program JIWA PUTRA @ KTMB: S.A.F.E College

Disediakan oleh: Muhammad Al-Amin Hudhaifi bin Mohd Zahry

Gambar oleh: Eng Qi

KOLEJ TAN SRI MUSTAFFA BABJEE – Pada 13 dan 16 November 2025, telah berlangsungnya program JIWA PUTRA @ KTMB: Stay Aware, Fight Exposure (S.A.F.E) College anjuran Sekretariat Kediaman dan Kebajikan, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee (KTMB). Program ini diadakan bertempat di kawasan sekitar Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee sebagai usaha meningkatkan kesedaran para pelajar terhadap isu kesihatan dan keselamatan persekitaran.

Pada 13 November 2025, program dimulakan dengan ceramah bertajuk “Silent Threats: Dengue and Leptospirosis”, yang telah dirasmikan oleh Pengetua Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee, Prof. Madya Dr. Nurul Hayah binti Khairuddin. Ceramah ini disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Rahmat bin Dapari dan menerima penyertaan seramai 355 orang pelajar. Sesi ceramah berlangsung dengan lancar walaupun ruang pelaksanaannya agak terhad, namun tetap memberikan pendedahan yang signifikan mengenai ancaman penyakit denggi dan leptospirosis serta langkah pencegahannya.

Seterusnya, pada 16 November 2025, program diteruskan dengan aktiviti gotong-royong di sekitar kawasan kolej. Aktiviti ini disertai seramai 40 orang pelajar dengan objektif utama mempertingkat kebersihan persekitaran, membasmi kawasan berisiko pembiakan vektor serta memupuk semangat kesukarelawanan dalam kalangan pelajar. Program ini berjaya mencapai kerjasama berpasukan yang baik dan memperlihatkan keprihatinan pelajar terhadap aspek kebersihan dan keselamatan komuniti kolej.

Program S.A.F.E College ini diharapkan dapat menjadi antara usaha berterusan dalam meningkatkan tahap kesedaran pelajar terhadap ancaman kesihatan yang tidak kelihatan serta kepentingan menjaga kebersihan persekitaran. Diharapkan juga program seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan dengan penglibatan lebih ramai pelajar demi membentuk komuniti kolej yang sihat, peka dan bertanggungjawab.

 

Gambar 1: Sesi fotografi semasa sesi ceramah Silent Threats: Dengue and Leptospirosis

Gambar 1: Sesi fotografi semasa sesi ceramah Silent Threats: Dengue and Leptospirosis

 

Gambar 2: Sesi penyampaian cenderahati kepada penceramah

Gambar 2: Sesi penyampaian cenderahati kepada penceramah

 

Gambar 3: Sesi ceramah yang disampaikan oleh Prof.Madya Dr. Rahmat bin Dapari

Gambar 3: Sesi ceramah yang disampaikan oleh Prof.Madya Dr. Rahmat bin Dapari

 

Gambar 4: Aktiviti gotong-royong yang dijalankan oleh peserta program

Gambar 4: Aktiviti gotong-royong yang dijalankan oleh peserta program

 

Gambar 5: Pengagihan peralatan yang digunakan untuk gotong-royong

Gambar 5: Pengagihan peralatan yang digunakan untuk gotong-royong

Tarikh Input: 09/07/2026 | Kemaskini: 09/07/2026 | s_syazana

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ TAN SRI MUSTAFFA BABJEE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1315
03 - 8947 2757
X, (03:20:52am-03:25:52am, 14 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]