LAWATAN BHEP KE KTMB | KOLEJ TAN SRI MUSTAFFA BABJEE
» BERITA » LAWATAN BHEP KE KTMB

LAWATAN BHEP KE KTMB

24 September 2024, Universiti Putra Malaysia - Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee telah menerima kunjungan homat oleh Yang Berbahagia, Timbalan Naib Cancelor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) YBhg. Prof. Dr. Ariffin Abdu dan beberapa pegawai dari PejabatTimbalan Naib Cancelor HEPA telah membuat lawatan ke Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee pada 17 September 2024 yang lalu bersempena persediaan Hari Pendaftaran Pelajar Baharu pada 5 Oktober 2024 akan datang. Pada kunjungan lawatan ini, YBhg. Prof. TNC-HEPA turut meninjau beberapa kawasan yang telah siap menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan dan baik pulih, serta mengecat. YBhg. Prof. TNC-HEPA turut menyampaikan ucapan tahniah dan syabas kepada beberapa staf daripada Unit Teknikal yang turut serta di dalam lawatan itu di atas kerja-kerja mengecat jambatan yang menghubungkan blok kediaman pelajar dengan student circle ke Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia. 

Perbincangan semasa lawatan oleh YBhg. Prof. TNC-HEPA

Tarikh Input: 24/09/2024 | Kemaskini: 24/09/2024 | s_syazana

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ TAN SRI MUSTAFFA BABJEE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1315
03 - 8947 2757
X, (04:46:51am-04:51:51am, 16 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]