MAJLIS MAKAN MALAM KILAUAN BERJASA (MAKJASA) XV | KOLEJ TAN SRI MUSTAFFA BABJEE kmb
» BERITA » MAJLIS MAKAN MALAM KILAUAN BERJASA (MAKJASA) XV

MAJLIS MAKAN MALAM KILAUAN BERJASA (MAKJASA) XV

 
 
Universiti Putra Malaysia, 30 Ogos - Pada 11 Jun 2023 yang lalu, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee sesi 2022/2023 telah menganjurkan Majlis Makan Malam Kilauan Berjasa (MAKJASA) kali ke-15. Majlis telah berlangsung di Big Pillars, Astana Putra dan turut dihadiri oleh YBhg. Prof. Dr. Nazamid Saari, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Universiti Putra Malaysia, YBrs. Prof. Madya. Dr. Amini Amir Abdullah, Pengerusi Jemaah Pengetua, Kolej-Kolej Kediaman, Universiti Putra Malaysia, YBrs. Prof. Madya. Dr. Jasronita Jasni, Pengetua Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee, Universiti Putra Malaysia dan YBhg. Prof. Dr. Normala Ibrahim, Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia sebagai tetamu jemputan. Bertemakan 'Garden Allure' yang mengangkat konsep cinta yang diterjemahkan melalui elemen kesucian dan keindahan persis terpancar dalam inderaloka. Semerbak haruman dalam taman mengeratkan lagi ikatan sesama insan. Sebagai lambang apresiasi, anugerah-anugerah yang bermakna ini dikurniakan kembali kepada kolegiat sebagai saksi ketulusan cinta. Pada malam tersebut, para hadirin hadirat tetamu memakai baju yang cantik mengikut tema yang telah ditetapkan. 
 
Footage sekitar majlis tersebut
 
 
Barisan MPK yang telah bertungkus lumus didalam persiapan majlis MAKJASA XV
 
 
Barisan pengacara jemputan yang terdiri daripada staf dan felo kolej. Serta ucapan perasmian oleh YBhg. Prof. Dr. Nazamid Saari, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Universiti Putra Malaysia
 
 
Majlis Makan Malam Kilauan Berjasa (MAKJASA) XV merupakan acara berprestij yang dilaksanakan secara tahunan bagi menghargai sumbangan para pelajar yang telah banyak menabur bakti dalam pembangunan dan berjaya membanggakan nama kolej ke peringkat yang tinggi. Antara anugerah yang telah dinobatkan kepada pelajar ialah Anugerah Jasa Sukan, Anugerah Putrasakti Berjasa, Anugerah Kepimpinan Teladan, Anugerah Cendekiawan Berjasa, Anugerah Jasa Bakti, Anugerah Petah Bicara, Anugerah Wira Alam, Anugerah Khas Kolej dan Anugerah Kilauan Berjasa sebagai anugerah utama.
 
Barisan pemenang yang menerima anugerah pada malam tersebut.
 
 
 
 
Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua eksekutif dan ahli jawatankuasa yang telah bersama-sama berganding bahu dalam menjayakan Majlis Makan Malam Kilauan Berjasa (MAKJASA) XV ini. Diharapkan melalui majlis ini dapat memberi inpirasi kepada para pelajar Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee untuk terus bersemangat menempa kejayaan pada masa hadapan. Kami juga berharap agar masa yang diluangkan sepanjang majlis telah menjadi suatu momen yang amat berharga kepada semua.

Tarikh Input: 30/08/2023 | Kemaskini: 30/08/2023 | s_syazana

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ TAN SRI MUSTAFFA BABJEE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1315
03 - 8947 2757
X, (03:18:33pm-03:23:33pm, 17 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]