MAPUM telah ditubuhkan melalui Mesyuarat Timbalan- Timbalan Naib Canselor/Timbalan Rektor IPTA ke 123 pada 17 Julai 1993 bertanggungjawab dalam memperkasakan peranan Hal Ehwal Pelajar, Penginapan dan Perkhidmatan Pelajar selari dengan perkembangan dan cabaran masakini dalam pendidikan tinggi dan mendukung aspirasi hal ehwal pelajar selaras dengan misi dan visi universiti.
Di antara perkara yang menjadi aspek penting di dalam penilaian MAPUM adalah menyediakan kemudahan yang selesa dan kondusif bagi kolej -kolej kediaman di universiti.
Warga Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee atas penganugerahan Anugerah Jawatankuasa Kolej Kediaman Terbaik Kategori Perak. Dan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada Universiti Putra Malaysia di atas penganugerahan Anugerah Kolej Kediaman Terbaik Kategori Emas dan Piala Pusingan pada Majlis Anugerah Bakat MAPUM (MABMA) 2022.
Semoga kejayaan yang ditempa ini dapat digarap untuk menjadi pemangkin semangat kepada seluruh warga universiti supaya Universiti Putra Malaysia dapat terus maju ke puncak kegemilangan.
Tarikh Input: 08/10/2022 |
Kemaskini: 08/10/2022 | s_syazana
PERKONGSIAN MEDIA