MINDFUL MOMENTS: ANXIETY AWARENESS SERIES | KOLEJ TAN SRI MUSTAFFA BABJEE
» BERITA » MINDFUL MOMENTS: ANXIETY AWARENESS SERIES

MINDFUL MOMENTS: ANXIETY AWARENESS SERIES

OLEH: MUHAMMAD FAKHROLIMAN BIN MOHD FAIZOL 

SERDANG, 28 Disember 2024 – Sekretariat Kediaman dan Kebajikan, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee, Universiti Putra Malaysia (UPM), dengan kerjasama Jabatan Psikiatri, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) dan Institusi Pengajian Sains Sosial (IPPS), UPM, telah berjaya menganjurkan program Mindful Moments: Anxiety Awareness Series (MM:AAS). Program ini berlangsung dari 16 hingga 28 Disember 2024 dan mensasarkan pelajar Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee serta komuniti pelajar UPM. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai kebimbangan serta memberi panduan kepada pelajar untuk mengurus tekanan dengan lebih berkesan.

Antara aktiviti utama dalam program ini adalah Pertandingan Poster bertemakan Managing Anxiety: Unveiling The Hidden Stressors, yang memberi peluang kepada pelajar untuk menyampaikan mesej berkaitan kebimbangan melalui kreativiti mereka. Aktiviti Instagram Daily Post yang dijalankan dari 17 hingga 25 Disember 2024 pula berjaya menarik lebih 2,000 penyertaan daripada pelajar seluruh UPM, menunjukkan minat mendalam terhadap isu kesihatan mental.

Peserta yang menyertai pertandingan ini telah menghasilkan poster menonjolkan kreativiti mereka dengan menghasilkan visual yang berkesan untuk meningkatkan kesedaran tentang kebimbangan.

Peserta berkongsi pandangan mereka dalam memberikan perspektif yang pelbagai mengenai topik kebimbangan.

Sebagai acara kemuncak, satu forum bertajuk Managing Anxiety: Unveiling The Hidden Stressors telah diadakan pada 28 Disember 2024. Forum ini menampilkan dua panel pakar, iaitu Dr. Aini Azeeqa Binti Ma’rof, Ketua Laboratori Kesejahteraan Komuniti dan Belia, IPPS, UPM, serta Dr. Aishah Siddiqah Binti Alimuddin, Pensyarah Perubatan dan Pakar Psikiatri, FPSK, UPM. Mereka berkongsi ilmu tentang simptom, punca, dan langkah-langkah pengurusan kebimbangan, yang memberikan impak besar kepada pemahaman peserta terhadap isu ini.

 

Panel membincangkan bagaimana negara-negara lain menangani dan mengurus isu kebimbangan, meneroka strategi dan penyelesaian global.

Pengarah program, Muhammad Fakhroliman Bin Mohd Faizol, menyatakan bahawa program ini mencapai objektifnya dengan penyertaan pelajar yang sangat aktif. “Kami berharap program seperti ini dapat diteruskan dengan tempoh pelaksanaan yang lebih panjang dan pendekatan hibrid agar lebih ramai pelajar mendapat manfaat,” katanya. Peserta turut memberikan maklum balas positif, menyatakan bahawa mereka kini lebih peka terhadap kepentingan penjagaan kendiri dan pengurusan tekanan.

Dengan kejayaan ini, Sekretariat Kediaman dan Kebajikan berhasrat untuk menjadikan program seperti ini sebagai acara tahunan bagi memperkasakan kesedaran kesihatan mental dalam kalangan pelajar UPM. Program ini diharapkan mampu memberi manfaat yang berterusan kepada komuniti pelajar, seterusnya menyumbang kepada kesejahteraan mental yang lebih baik.

Tarikh Input: 02/01/2025 | Kemaskini: 02/01/2025 | adib

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ TAN SRI MUSTAFFA BABJEE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1315
03 - 8947 2757
F, (02:25:11am-02:30:11am, 02 Apr 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]