Mindspark Entrepreneur | KOLEJ TAN SRI MUSTAFFA BABJEE
» BERITA » Mindspark Entrepreneur

Mindspark Entrepreneur

10 November 2024, Serdang - Sekretariat Keusahawanan, Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee (KTMB) telah menganjurkan program MindSpark Entrepreneur 1.0 sesi 2024/2025. Program ini berlangsung di Dataran Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee dan dihadiri oleh beberapa barisan felo KTMB. Seramai 271 orang peserta hadir ke dataran bagi menyertai program ini.

Program Mindspark Entrepreneur ini merupakan sebuah sesi perkongsian ceramah daripada usahawan muda UPM dan kerjasama daripada pihak Pengurusan Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee UPM. Pada sesi kali ini, sekretariat keushawanan menjemput penceramah daripada kalangan pelajar sendiri iaitu saudara Adib Fakhree bin Borhan, pelajar daripada Ijazah Sarjana Muda Teknologi Pertanian Pintar dengan Kepujian dan juga CEO Kalem barbershop.

Tujuan program ini dijalankan adalah bagi sesi perkongsian ilmu, pengalaman, dan tips yang mampu menarik minat pelajar dalam bidang keusahawanan. Para pelajar juga diberikan peluang untuk berinteraksi bersama usahawan muda.

Penceramah jemputan sedang menyampaikan mengenai latar belakang beliau dalam menceburi bidang keusahawanan.

Program ini bermula tepat jam 8.00 malam dengan ketibaan En. Redzuan bin Md Anjadzi, felo pemantau sekretariat keusahawanan bersama-sama penceramah jemputan iaitu saudara Adib Fakhree Bin Borhan. Majlis seterusnya diteruskan dengan sesi perkongsian ceramah keusahawanan daripada saudara Adib Fakhree berkenaan perjalanan beliau dalam bidang bisnes dan beberapa cabaran yang beliau hadapi sewaktu menjejakkan diri dalam dunia keusahawanan. Terdapat juga satu slot tayangan video promosi Kalem Barbershop ditayangkan kepada para pelajar yang berminat untuk mendapatkan slot perkhidmatan gunting rambut. Seterusnya, program diteruskan lagi dengan sesi ceramah slot kedua serta sesi soal jawab oleh pelajar dan program tamat tepat pada pukul 10.00 malam.

Penceramah jemputan, Adib Fakhree sedang menyampaikan ceramah mengenai aspek keusahawanan.

Sesi soal jawab yang ditujukan kepada penceramah jemputan.

Diharapkan dengan adanya program sesi perkongsian ceramah ini, para pelajar dapat menimba sedikit sebanyak ilmu dan tips yang telah dikongsikan sebagai panduan dan batu loncatan untuk menceburi bidang perniagaan. Kami juga berharap program ini dapat menarik minat para pelajar dalam menyertai aktiviti keusahawanan sekaligus melahirkan pelajar yang berfikiran kreatif dan kritis serta berdaya saing dalam menjayakan sesuatu perniagaan. Semoga para peserta dapat memperoleh ilmu dan inspirasi serta mengejar aspirasi keusahawanan daripada kisah kejayaan usahawan muda tersebut. Tamatnya program ini adalah dengan harapan agar para pelajar mengenal pasti peluang perniagaan dan merancang strategi keusahawanan yang efektif untuk merealisasikan sebuah peluang sekaligus membina rangkaian strategik yang bermanfaat bagi masa hadapan.

Sesi fotografi beramai-ramai pada akhir sesi program

Disediakan oleh:
Muhaisra Binti Muhammed Kifli
Pengarah program Mindspark Entrepreneur
Sekretariat Keusahawanan
Majlis Perwakilan Kolej
Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee
Sesi 2024/2025

Tarikh Input: 14/11/2024 | Kemaskini: 14/11/2024 | s_syazana

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ TAN SRI MUSTAFFA BABJEE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1315
03 - 8947 2757
W, (03:56:00am-04:01:00am, 17 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]