TANJUNG TUAN 14-15 Mei 2022 - Tahniah dan syabas diucapkan kepada komuniti Kolej Tujuh Belas yang menyertai program Ocean Action bersempena dengan Program Voluntourism Malaysia Bersih dan Indah: Penghijauan Malaysia diadakan di Hutan Simpan Tanjung Tuan. Ocean Action merupakan satu program kesukarelawanan yang baharu anjuran bersama Sekretariat Kesukarelawanan dan Mobiliti, Sekretariat Keceriaan dan Kelestarian Hijau, dan Sekretariat Alumni dan Kerjaya, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Tujuh Belas sesi 2021/2022.
Program yang bertemakan “Melestarikan Alam Sekitar” ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar Kolej Tujuh Belas berkenaan kepentingan melestarikan alam sekitar dan menjaga hidupan laut melalui aktiviti pembersihan pantai. Selain itu, program ini memegang objektif untuk mendedahkan kepada pelajar dalam mempelajari kepentingan pemuliharaan kehidupan di darat dengan penanaman semula pokok paya bakau. Kerjasama dijalinkan dengan beberapa buah agensi kerajaan bagi menjayakan program ini termasuk Jabatan Perhutanan Negeri Melaka dan Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Sembilan (JPSNS). Sokongan kerjasama juga diterima daripada Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar dan Pusat Perhubungan Alumni dengan penglibatan bersama alumni UPM yang pakar dalam bidang perhutanan.
Aktiviti utama bagi program Ocean Action yang bertemakan ‘Melestarikan Alam Sekitar’ adalah pembersihan pantai dan penanaman semula 200 unit anak pokok paya bakau. Objektif bagi program ini adalah untuk memupuk semangat tanggungjawab dalam kalangan pelajar Kolej Tujuh Belas untuk menjaga hidupan marin melalui aktiviti permbersihan pantai yang dilaksanakan. Selain itu, objektif lain bagi program ini adalah melahirkan pelajar yang mampu untuk memberikan penerangan tentang kepentingan memulihara hutan paya bakau melalui pertandingan fotografi dan infografik selepas aktiviti penanaman pokok paya bakau tamat. Di samping itu, pelajar dapat menambah ilmu tentang cara penanaman dan kebaikan penanaman pokok paya bakau. Selain itu juga, aktiviti ini juga telah mendapat liputan dari MELAKA HARI INI. Terima kasih diucapkan.
Juga tidak dilupakan, penghargaan terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada Pihak Pengurusan Kolej Tujuh Belas, dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Putra Malaysia, yang telah memberi kebenaran dan kelulusan untuk menjayakan program ini.







Tarikh Input: 17/05/2022 |
Kemaskini: 17/05/2022 | s_syazana
PERKONGSIAN MEDIA