PENANDA ARAS BERSAMA UIAM | KOLEJ TAN SRI MUSTAFFA BABJEE
» BERITA » PENANDA ARAS BERSAMA UIAM

PENANDA ARAS BERSAMA UIAM

24 September 2024, SERDANG - Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee (KTMB) berbesar hati menerima Lawatan Penanda Aras Fasiliti daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada 3 September 2024 yang lalu sebagai penanda aras untuk meningkatkan kualiti kehidupan pelajar dan perkhidmatan penginapan pelajar mereka di sana. Pihak Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee (KTMB) sangat menyambut baik kunjungan hormat dari pihak Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) datang melawat blok kediaman dan bilik pelajar di Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee untuk menjadi kayu ukur sebagai penanda aras bagi penginapan pelajar universiti awam di Malaysia.

Kolej Tan Sri Mustaffa Babee yang mempunyai empat blok bangunan yang terdiri daripada tiga blok pelajar perempuan dan satu blok pelajar lelaki yang berkapasiti 217 unit Rumah Peraktujuh buah Rumah Emas dan tiga buah Rumah Platinum. Konsep apartmen di Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee menarik minat pelawat dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kerana cara mengurus rumah pelajar lebih mudah berbanding blok kediaman pelajar universiti awam yang berkonsep dorm seperti kebanyakkan kolej kolej kediaman pelajar di Universiti Awam di Malaysia. 

Semasa kunjungan dibuat, para pelajar sedang bercuti untuk cuti semester akhir bagi sesi akademik 2023/2024. Inim memudahkan petugas untuk bergerak melawat kawasan termasuklah kemudahan dan fasiliti ruang yang ada di Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee bagi kemudahan dan kegunaan program pelajar. Para pelawat juga sempat berkunjung ke Rumah Emas (Rumah pelajar yang telah dinaik taraf tetapi tiada kemudahan penghawa dingin) serta kunjungan ke Rumah Platinum (Rumah pelajar yang telah dinaik taraf dengan kemudahan penghawa dingin di setiap bilik)

Bergambar kenangan sebagai tanda sokongan kepada Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee.

Penerangan mengenai rumah platinum untuk Blok C ( Blok pelajar perubatan - perempuan)

Sesi lawatan ke blok pelajar.

 

Bagi kunjungan penanda aras kali ini, Pengetua Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada wakil dari luar entiti UPM kerana sudi membuat kunjungan lawatan sebagai tanda komunikasi dua hala dengan pihak luar UPM. 

Tarikh Input: 24/09/2024 | Kemaskini: 24/09/2024 | s_syazana

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ TAN SRI MUSTAFFA BABJEE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1315
03 - 8947 2757
W, (11:32:21am-11:37:21am, 14 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]