Penginapan Liqa' Mahabbah Jabatan Mufti Se-Malaysia | KOLEJ TAN SRI MUSTAFFA BABJEE
» BERITA » Penginapan Liqa' Mahabbah Jabatan Mufti Se-Malaysia

Penginapan Liqa' Mahabbah Jabatan Mufti Se-Malaysia

SERDANG,22 Ogos 2024 - Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee UPM telah menerima penempatan seramai 386 orang peserta seluruh Malaysia daripada Jabatan Mufti Se-Malaysia bersempena dengan Majlis Liqa' Mahabbah 2024 yang akan diadakan di UPM pada 22 hingga 26 Ogos 2024. Pendaftaran penginapan ini berlangsung di Dataran KTMB bermula 8.30 pagi sehingga 3.30 petang. Staf penginapan turut bertugas semasa pembahagian bilik dan kemudahan yang disediakan (bantal dan cadar). Pendaftaran ini turut mendapatkan khidmat beberapa orang pelajar Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee sepanjang cuti semester yang sedang mengikuti Program Khidmat Pelajar .

Program ini juga turut mendapatkan jalinan kerjasama Akademi Sukan UPM. Program yang akan berlangsung di Padang Bola A&C di kampus utama serta menggunakan beberapa tempat dan fasiliti sukan di UPM. Manakala perasmian majlis akan diadakan di Dewan Besar UPM

Pihak pengurusan Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee mengucapkan selamat datang dan mengharapkan para tetamu yang hadir akan menginap dengan selesa di kolej ini. 

Pendaftaran peserta

 

Tarikh Input: 22/08/2024 | Kemaskini: 22/08/2024 | s_syazana

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ TAN SRI MUSTAFFA BABJEE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1315
03 - 8947 2757
X, (07:41:26pm-07:46:26pm, 18 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]