Perlawanan Sukan Alumni Touch Rugby | KOLEJ TAN SRI MUSTAFFA BABJEE
» BERITA » Perlawanan Sukan Alumni Touch Rugby

Perlawanan Sukan Alumni Touch Rugby

26 Oktober 2024 – Sekretariat Jaringan Alumni dan Kerjaya serta Sekretariat Sukan dan Rekreasi Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee, Kolej Sepuluh dan Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah telah menganjurkan Perlawanan Sukan Alumni Touch Rugby sempena Majlis Makan Malam Amal Sirih Pulang ke Gagang@Homecoming XII 2024. Program ini berlangsung di Padang A, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan dihadiri oleh YBhg. Prof. Dr Arifin Abdu, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, YBrs. Prof. Madya Dr. Siti Aqlima Ahmad, Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UPM, Dr. Mohd. Mokrish Md Ajat, Timbalan Pengarah Pejabat Perhubungan Alumni UPM dan YBrs. Prof. Madya Dr. Nurul Hayah binti Khairuddin, Pengetua Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee.

Kategori kolej lelaki; Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee bertemu Kolej Sepuluh

Sebanyak 3 kategori telah dipertandingkan bagi Perlawanan Sukan Alumni Touch Rugby ini iaitu kategori kolej lelaki, kategori 44 tahun ke bawah lelaki dan kategori 45 tahun ke atas lelaki. Bagi kategori kolej lelaki terdapat 6 kumpulan yang telah bertanding, untuk kategori 44 tahun ke bawah sebanyak 5 pasukan alumni UPM yang telah menyertai dan untuk kategori 45 tahun ke atas penyertaan adalah seramai 2 pasukan alumni UPM.

 

Kategori 44 tahun : diantara peserta alumni yang hadir mewakili kolej kediaman UPM

Perlawanan bermula tepat pada jam 9 pagi didahului dengan kategori kolej lelaki. Seterusnya diikuti dengan kategori 44 tahun ke bawah lelaki dan kategori 45 tahun ke atas lelaki. Majlis penutup berlangsung pada jam 2.15 petang dan sesi pemberian hadiah disempurnakan oleh Prof. Madya Dr. Siti Aqlima Ahmad Pengerusi Pusat Perhubungan Alumni UPM.

 

Keputusan rasmi Perlawanan Sukan Alumni Touch Rugby:

Kategori kolej lelaki:

Johan: Vigorous

Kedua: Kosass

Ketiga: K10

 

Kategori 44 tahun ke bawah lelaki:

Johan: Vampiria K10

Kedua: KTDI UNO Albatross

Ketiga: Ex 7th GI

 

Kategori 45 tahun ke atas lelaki:

Johan: My All Stars

Kedua: KTDI UNO

Turut hadir bergambar kenangan bersama, dari kiri: Prof. Madya Dr. Nurul Hayah binti Khairuddin (Pengetua Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee), En. Shahruddin bin Mahadi (pemilik Syarikat Baraplas) YBhg. Prof Dr. Arifin bin Abdu (Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) dan wakil alumni kolej kediaman

Semoga dengan penyertaan dalam program ini, para peserta dan pelajar UPM dapat mengembangkan bakat serta keterampilan dalam sukan ragbi, meningkatkan semangat berpasukan, disiplin dan ketahanan fizikal serta mental. Di samping itu, diharapkan program ini akan memupuk nilai-nilai kepimpinan dan integriti, serta membina jaringan sosial yang kukuh dalam kalangan pelajar dan alumni UPM.

 

Disediakan oleh:

Izzdiyani Irnatasha

Setiausaha

Perlawanan Sukan Alumni Touch Rugby

Majlis Perwakilan Kolej

Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee.

Tarikh Input: 01/11/2024 | Kemaskini: 01/11/2024 | s_syazana

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ TAN SRI MUSTAFFA BABJEE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1315
03 - 8947 2757
X, (12:26:24am-12:31:24am, 05 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]