24 September 2024, SERDANG - Pihak pengurusan dan staf Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee telah menjalankan kerja gotong royong dan baik pulih kawasan serta ruang fasiliti kegunaan pelajar, dan turut giat menjalankan kerja-kerja baik penyelenggaraan dan baik pulih bagi persediaan pelajar baharu sesi akademik 2024/2025. Pelbagai usaha dan kerja-kerja yang dilakukan bagi mempersiap Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee untuk menerima kunjungan dan kemasukan pelajar baharu bagi pelajar-pelajar dari Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan (FPSK) dan Fakulti Perubatan Veterinar (FPV).
Bagi Fasa Satu - Unit Teknikal Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee yang diketuai oleh Puan Harnita binti Abd Wahab telah memulakan kerja-kerja baik pulih inventori bilik pelajar termasuk aduan kerosakan pelajar yang sedang menginap kerana menyewa semasa cuti akhir semester. Kerja-kerja baik pulih tersebut termasuk penggantian mentol lampu, kipas, tombol pintu, kerosakan di dalam rumah, bilik pelajar, termasuk kerosakan di dalam bilik air. Tugasan ini adalah kerja rutin bagi pihak Unit Teknikal setiap kali cuti semester akhir dan persediaan kemasukan pelajar baharu. Unit Teknikal akan digerakkan mengikut blok kediaman dan akan memasuki kesemua rumah pelajar samada pelajar baharu atau pelajar lama.
Bagi Fasa Dua - Unit Penginapan yang diketuai oleh Puan Norizan binti Talib, akan menyusun penempatan bilik pelajar baharu. Penempatan bilik pelajar baharu ini sangat penting kerana semasa cuti akhir semester ini juga, terdapat beberapa pelajar yang sedang menyewa kerana terlibat dalam Projek Akhir Tahun dan Latihan Industri yang diwajibkan bagi pelajar tersebut. Penyusunan bilik yang sangat teliti bagi memastikan tidak berlaku pertindihan penempatan di antara pelajar. Seterusnya, Unit Penginapan akan mula memasuki blok kediaman pelajar dan membuat kerja-kerja pembersihan, penggantian langsir, penggantian sarung tilam, penggantian tilam yang rosak, dan termasuk kerja pembersihan keseluruhan rumah pelajar. Unit Penginapan turut dibantu pelajar PKP (Program Khidmat Pelajar) serta Pekerja Pembersihan kolej.
Fasa Ketiga - Fasa ketiga adalah fasa akhir untuk kecantikan dan kecerian kawasan Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee. Sepanjang tempoh fasa tiga bagi persediaan pelajar baharu ini, pelbagai inisiatif yang telah dilakukan oleh staf pengurusan untuk mencantikkan kawasan kolej termasuk ruang fasiliti kolej serta kawasan dataran sebagai langkah pembaharuan imej KTMB. Ini termasuk mengecat bilik kardio, bilik gym, jambatan yang menghubung blok kediaman dan student plaza ke Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan.

Kerja mengecat tangga dataran terbuka.

Kerja pembersihan taman di kawasan Student Circle

Kerja mengecat di jambatan menghubungkan blok kediaman pelajar dengan student circle untuk ke Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
Pihak pengurusan Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee amat mengalu-alukan buah fikiran dan pendapat yang bernas daripada warga Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee itu sendiri bagi membolehkan kita bersama-sama menjaga kolej ini. Pihak pengurusan amat mengharapkan dengan beberapa usaha yang telah dilakukan ini semakin membuatkan pelajar sayang dan cinta kepada Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee.
Tarikh Input: 24/09/2024 | Kemaskini: 24/09/2024 | s_syazana

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
Malaysia