SERI KEMBANGAN, 6 DISEMBER - Pada 5 November 2022 yang lalu, telah berlangsungnya Program Hapuskan Aedes! di Pangsapuri PKNS , Seri Kembangan di bawah anjuran Sekretariat Kesukarelawanan dan Mobiliti, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee sesi 2022/2023 dengan kerjasama JKKK Pangsapuri PKNS dan Pejabat Kesihatan Daerah Petaling. Program ini turut dihadiri oleh Pengerusi JKKK Pangsapuri PKNS iaitu Encik Halizan bin Yusof. Program ini diadakan untuk meningkatkan kesedaran penduduk di pangsapuri tentang bahayanya penyakit demam denggi dan langkah pencegahan denggi. Para pelajar telah dibahagikan kepada 18 kumpulan untuk mengedarkan brosur kepada penghuni pangsapuri. Program ini dapat menjadi satu platform kepada pelajar untuk meningkatkan kemahiran berkomunikasi kerana pelajar diberi peluang untuk memberi penerangan tentang cara pencegahan denggi kepada penghuni pangsapuri.
Program Hapuskan Aedes! telah disertai oleh 95 orang sukarelawan. 95 orang sukarelawan ini terdiri daripada pelajar tahun satu hingga tahun empat. Program ini dapat memupuk semangat kesukarelawanan dalam kalangan pelajar dengan cara mengedarkan brosur kepada penduduk pangsapuri. Brosur tersebut mengandungi informasi mengenai nyamuk Aedes, demam denggi, cara pencegahan denggi dan sebagainya. Selain brosur, pelajar juga dibekalkan dengan ubat Abate untuk diedarkan kepada penduduk di Pangsapuri PKNS. Program ini diharapkan dapat melahirkan mahasiswa Universiti Putra Malaysia yang peka terhadap keadaan persekitaran mereka.
Ribuan terima kasih dan tahniah diucapkan kepada para sukarelawan Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Program Hapuskan Aedes! ini. Semoga program ini sedikit sebanyak dapat memberikan impak positif kepada para pelajar dan membangkitkan semangat mereka untuk mengambil berat tentang persekitaran mereka.
Tarikh Input: 09/12/2022 |
Kemaskini: 09/12/2022 | s_syazana
PERKONGSIAN MEDIA