PROGRAM BENGKEL ASAS POSTER DAN MICROSOFT | KOLEJ TAN SRI MUSTAFFA BABJEE
» BERITA » PROGRAM BENGKEL ASAS POSTER DAN MICROSOFT

PROGRAM BENGKEL ASAS POSTER DAN MICROSOFT

SERDANG, 20 Februari 2023 - Sekretariat ICT dan Penerbitan, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee sesi 2022/2023 telah melaksanakan program Bengkel Asas Poster dan Microsoft yang bertempat di Bilik Bacaan KMB dengan kerjasama Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) dan Pihak Pengurusan Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee pada 12 dan 13 November 2022 yang lalu. 

Program ini telah terbahagi kepada dua slot iaitu Slot 1: Bengkel Asas Poster telah dilaksanakan pada 12 November 2022. Ia merupakan sesi perkongsian ilmu tentang penggunaan perisian Adobe Photoshop oleh Puan Zurayawati binti Sulaiman, Pegawai Teknologi Maklumat daripada iDEC. Pada 13 November 2022 pula, telah berlangsungnya Slot 2: Bengkel Asas Microsoft iaitu Microsoft Word dan Microsoft Excel oleh Ts. Saiful Ramadzan Hairani, juga merupakan Pegawai Teknologi Maklumat daripada iDEC.

Program ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee tentang cara asas penyuntingan digital grafik menggunakan perisian Adobe Photoshop dan cara asas penggunaan Microsoft. Malahan bukan itu sahaja, melalui program ini dapat mencetuskan idea-idea kreatif pelajar dalam menghasilkan karya digital grafik yang menarik dan unik. Melalui program ini, peserta telah mempelajari pelbagai pengetahuan baharu mengenai kedua-dua perisian tersebut dan dapat menimba ilmu pengetahuan dan kemahiran asas tentang penyuntingan digital untuk menghadapi cabaran teknologi dalam dunia digital.

Program yang telah berlangsung secara dua hari, melibatkan seramai hampir 40 orang pelajar, beberapa orang felo dan staf yang terlibat secara langsung dalam menjayakan program ini

Ribuan terima kasih diucapkan kepada pelajar yang telah hadir ke bengkel ini sebagai peserta kerana telah memberi komitmen yang tinggi dengan menghadiri program ini selama dua hari berturut-turut. Diharapkan para pelajar dapat mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dalam tugasan akademik masing-masing supaya proses pembelajaran selepas ini akan menjadi lebih produktif dan efektif.

 

 

Tarikh Input: 20/02/2023 | Kemaskini: 20/02/2023 | s_syazana

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ TAN SRI MUSTAFFA BABJEE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1315
03 - 8947 2757
W, (09:05:07am-09:10:07am, 16 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]