PROGRAM BULAN KEBANGSAAN 2023
SERDANG, 1 Dis 2023 - Sepanjang bulan Ogos hingga September lalu, Program Bulan Kebangsaan - Lautan Cinta Merdeka dan Semarak Warisan Malaysia telah dijalankan. Program ini dianjurkan oleh dua buah sekretariat iaitu Sekretariat Pengerusi Blok dan Kebajikan bersama dengan Sekretariat ICT dan Penerbitan secara maya semass cuti semester. Aktiviti yang dianjurkan oleh kedua buah sekretariat ini termasuklah pertandingan menulis puisi, mereka poster, kuiz trivia kemerdekaan, pertandingan video tiktok, dan juga fotografi.
Program Bulan Kebangsaan ini bukan sahaja menyerlahkan bakat para pelajar Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee namun, sekaligus menambah dan menggalakkan sikap patriotik yang ada dalam diri setiap individu. Dengan adanya aktiviti yang dianjurkan, pelajar boleh memperdalam pengetahuan tentang Hari Kebangsaan Malaysia dan tetap merasakan kesenangan. Program Bulan Kebangsaan 2023 – Semarak Warisan Malaysia adalah satu program yang bertujuan untuk menghidupkan semangat patriotik dan perpaduan dalam kalangan pelajar dengan cara menonjolkan kreativiti dan bakat pelajar melalui bidang seni. Hal ini demikian kerana pelajar kurang diberi peluang untuk mempamerkan bakat-bakat kreatif mereka khususnya dalam hal mengenai kenegaraan. Melalui program yang dianjurkan ini, para pelajar dapat memanfaatkan peluang ini untuk mengasah lagi kebolehan yang ada dalam diri mereka di samping menyemaikan semangat cinta akan negara.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada para peserta dan semua yang terlibat dalam menjayakan program Bulan Kebangsaan 2023. Setinggi-tinggi tahniah juga diucapkan kepada para pemenang dan diharapkan agar para pelajar dapat memupuk nilai patriotik di samping menonjolkan bakat yang ada dalam diri pelajar.

Tarikh Input: 06/12/2023 | Kemaskini: 06/12/2023 | s_syazana

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
Malaysia