PROGRAM CONNECT BEYOND HOMELAND MOBILITY 2.0 | KOLEJ TAN SRI MUSTAFFA BABJEE
» BERITA » PROGRAM CONNECT BEYOND HOMELAND MOBILITY 2.0

PROGRAM CONNECT BEYOND HOMELAND MOBILITY 2.0

 
Serdang, 30 Ogos - Pada 20 dan 21 Mei 2023 yang lalu, Sekretariat Kesukarelawanan dan Mobiliti telah menganjurkan satu program yang berteraskan pengantarabangsaan iaitu program Connect Beyond Homeland Mobility 2.0 dengan kerjasama bersama universiti luar negara iaitu Universiti Ataturk, Turki dan Universiti Soka, Jepun.
 
 
Program yang telah dijalankan secara maya ini bertujuan untuk memberi ruang kepada mahasiswa UPM bagi meningkatkan kualiti berkomunikasi serta mengembangkan pemikiran kritis mereka dengan cara bertukar pendapat bersama pelajar dari universiti yang terlibat. Diharapkan agar program Connect Beyond Homeland Mobility 2.0 mampu mencapai matlamat untuk melahirkan dan meningkatkan kebolehpasaran graduan dengan memastikan setiap peserta dapat menggarap sepenuhnya kemahiran-kemahiran insaniah seperti kemahiran berkomunikasi dan berinteraksi dengan pelajar luar negara serta keyakinan diri untuk menyampaikan buah fikiran.
 
Program ini telah disertai oleh 18 orang AJK daripada Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee (UPM), 10 orang peserta daripada Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee 10 orang peserta daripada Universiti Ataturk, Turki dan 10 orang peserta daripada Universiti Soka, Jepun. Antara aktiviti utama yang telah dijalankan adalah majlis pembukaan, sesi perkongsian bahasa, budaya, perayaan dan kehidupan kampus serta pengalaman menyertai program mobiliti antara peserta.
 
 
Ribuan terima kasih diucapkan kepada para AJK dan peserta Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee, peserta dari Universiti Ataturk, Turki dan Universiti Soka, Jepun serta semua pihak yang terlibat terutamanya Media Putra bagi menjayakan program Connect Beyond Homeland Mobility 2.0 ini. Semoga program ini sedikit sebanyak dapat memberi impak positif kepada pelajar UPM untuk membina hubungan sosial yang baik bersama para pelajar daripada luar negara serta mengasah kemahiran berkomunikasi dan meningkatkan keyakinan diri semasa berinteraksi dengan orang ramai.
 
 

Tarikh Input: 30/08/2023 | Kemaskini: 30/08/2023 | s_syazana

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ TAN SRI MUSTAFFA BABJEE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1315
03 - 8947 2757
W, (08:42:19am-08:47:19am, 15 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]