PROGRAM CONNECT BEYOND HOMELAND MOBILITY 3.0 | KOLEJ TAN SRI MUSTAFFA BABJEE
» BERITA » PROGRAM CONNECT BEYOND HOMELAND MOBILITY 3.0

PROGRAM CONNECT BEYOND HOMELAND MOBILITY 3.0

PROGRAM CONNECT BEYOND HOMELAND MOBILITY 3.0

Universiti Putra Malaysia, 27 Julai 2024 - Pada 25 dan 26 Mei yang lalu, telah berlangsungnya program Connect Beyond Homeland Mobility 3.0 anjuran Sekretariat Kesukarelawanan dan Mobiliti, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee sesi 2023/2024. Program yang berteraskan pengantarabangsaan ini telah dilaksanakan hasil kerjasama bersama universiti luar negara iaitu Universiti Brunei Darussalam, Brunei dan Alexandria University, Mesir.

Program yang bertemakan ""Sharing culture, Building bridges"" ini telah dilaksanakan secara maya dan bertujuan untuk mempromosikan perkongsian ilmu dan budaya antara para pelajar dan sekaligus meningkatkan kemahiran komunikasi dan meluaskan pengetahuan para pelajar. Pelbagai sesi perkongsian telah diadakan diantara pelajar UPM dan pelajar universiti luar negara seperti perkongsian kehidupan kampus, infrastruktur universiti dan budaya masyarakat.

Program ini telah disertai oleh 20 orang AJK dan 15 orang peserta daripada Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee (UPM), 15 orang peserta daripada Universiti Brunei Darussalam, Brunei dan 15 orang peserta daripada Alexandria University, Mesir.

“Ribuan terima kasih diucapkan kepada para AJK dan peserta Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee, peserta Universiti Brunei Darussalam dan peserta Alexandria University serta semua yang telah terlibat dalam menjayakan program ini. Diharapkan program ini dapat memberikan impak positif terhadap pembangunan pelajar UPM dapat membina hubungan sosial yang baik bersama para pelajar daripada luar negara” Prof. Madya Dr. Nurul Hayah – Pengetua Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee turut menyampaikan ucapan penghargaan kepada semua yang terlibat di dalam program ini.

Kesimpulannya, pengetahuan dan bakat yang tinggi dalam bidang akademik sahaja tidak mencukupi. Keterbukaan luas dalam industri kreatif serta pengetahuan yang luas tentang adat dan keindahan negara luar juga adalah satu peluang yang perlu digarap sepenuhnya sebagai alternatif bagi mengukuhkan matlamat untuk mengekalkan kelestarian serta menjalin usaha sama di peringkat antarabangsa,

Semoga dengan kerjasama daripada semua pihak, matlamat program ini untuk membina generasi yang berpengetahuan tinggi ke peringkat dunia mampu dicapai.

Tarikh Input: 27/07/2024 | Kemaskini: 27/07/2024 | s_syazana

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ TAN SRI MUSTAFFA BABJEE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1315
03 - 8947 2757
W, (08:18:57pm-08:23:57pm, 14 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]