Serdang, 30 Januari - Telah berlangsungnya program Grow and Know: Bound To Society (Fasa 1) anjuran Sekretariat Akademik, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee sesi 2022/2023 dengan kerjasama Persatuan Genetik Malaysia yang telah disertai oleh 30 orang pelajar Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee (KMB) pada 29 Disember 2022 yang lalu. Program ini juga akan berlansung sebanyak 3 fasa dan akan berlansung di sepanjang sesi 2022/2023. Jadi bagi pelajar yang telah terlepas untuk menyertai program Grow and Know: Bound To Society fasa 1 boleh menyertai 2 program lagi pada tarikh akan datang.
Program ini bertujuan untuk menggalakkan pelajar berkongsi ilmu pengetahuan mengenai Genetically Modified Organism (GMO) kepada komuniti melalui program intervensi pemindahan pengetahuan.
Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah sesi perkongsian GMO yang telah disampaikan oleh Ts. Dr. Azzreena Mohamad Azzeme, Setiausaha Kehormat Persatuan Genetik Malaysia kepada pelajar KMB. Seterusnya, sesi soal jawab secara terbuka juga telah dibuat oleh Prof. Dr. Abd Rahman Milan, Presiden Persatuan Genetik Malaysia di mana pelajar KMB berpeluang untuk mengetahui dan mempelajari topik GMO dengan lebih mendalam.
Selain itu, pelajar KMB juga telah melakukan perbincangan dalam kumpulan sekali gus menghasilkan poster berdasarkan topik yang telah diberikan untuk dibentangkan kepada warga Kampung Tengah Gemencheh, Negeri Sembilan pada bulan Mac 2023 yang akan datang.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada para peserta dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga semua pelajar yang menyertai program ini dapat berkongsi ilmu pengetahuan yang telah diperoleh dan menyumbang bakti kepada masyarakat pada masa akan datang.



Tarikh Input: 30/01/2023 | Kemaskini: 30/01/2023 | s_syazana

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
Malaysia