PROGRAM JALINAN AKADEMIK KMB: SELANGKAH KE UNIVERSITI | KOLEJ TAN SRI MUSTAFFA BABJEE
» BERITA » PROGRAM JALINAN AKADEMIK KMB: SELANGKAH KE UNIVERSITI

PROGRAM JALINAN AKADEMIK KMB: SELANGKAH KE UNIVERSITI

UPM, 29 OGOS 2022 – Program Jalinan Akademik KMB: Selangkah ke Universiti telah berlansung selama tiga hari bermula pada 25 hingga 27 Ogos 2022 bertempat di Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, dan Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia. Program anjuran Sekretariat Akademik Majlis Perwakilan Kolej KMB sesi 2022/2023 dengan kerjasama Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Serai, Dungun, Terengganu serta fakulti yang terlibat dan juga pihak pengurusan Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee.

Program ini diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar sekolah menengah terhadap kehidupan pelajar universiti di kampus, serta menambah ilmu pengetahuan bagi menentukan kerjaya masa hadapan dalam bidang perubatan, sains kesihatan dan veterinar. Bukan itu sahaja, Universiti Putra Malaysia melalui Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee dapat memperkenalkan kursus pengajian yang ditawarkan di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, dan Fakulti Perubatan Veterinar kepada pelajar SMKPS yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama di Universiti Putra Malaysia.

Turut hadir tetamu kehormat YH. Prof. Dato’ Dr. Mohd Roslan bin Sulaiman, Naib Canselor UPM, YBhg. Prof. Dr. Ariffin bin Abdu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) serta pengetua Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee, YBrs. Prof. Madya Dr. Jasronita binti Jasni.

 

Tarikh Input: 29/08/2022 | Kemaskini: 29/08/2022 | s_syazana

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ TAN SRI MUSTAFFA BABJEE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1315
03 - 8947 2757
W, (06:36:34pm-06:41:34pm, 16 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]