SELANGOR, 7 OGOS 2024 - Sekretariat Keceriaan dan Kelestarian Hijau telah menganjurkan Program Jom Kitar Semula Siri 1 dan 2 bagi pelajar Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee bermula 21-22 Disember 2023 untuk siri 1 dan 16-17 Mei 2024 untuk siri 2. Program ini dilaksanakan bagi menggalakkan lagi para pelajar untuk melibatkan diri dalam amalan kitar semula.

Program ini telah berlangsung selama 2 hari bertempat di stor bersebelahan dobi Blok D, Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee. Program ini dimulakan dengan penyertaan daripada warga Blok A dan Blok B pada hari pertama dan dituruti oleh Blok C dan Blok D pada hari berikutnya. Setiap peserta membawa barang yang ingin dikitar semula seperti botol plastik pelbagai saiz, kertas, surat khabar, tin aluminium, tin besi dan compact disc (CD). Barang-barang ini akan ditebus dengan mata merit yang telah ditetapkan.

Program ini bertujuan bukan sahaja untuk menanam perasaan cinta akan alam sekitar malahan bersama-sama mendidik diri supaya mementingkan kebersihan persekitaran. Tambahan lagi, para pelajar yang menjadi ahli jawatankuasa dalam menjayakan program ini dapat meningkatkan nilai-nilai seperti kemahiran berkomunikasi dan kerjasama berpasukan dalam diri. Akhir kata, program Jom Kitar Semula Siri 1 telah berjalan dengan lancar dan amat memuaskan.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pelajar yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam memeriahkan serta menjayakan program ini. Diharapkan agar semua usaha yang dilakukan ini dapat mengekalkan kelestarian alam sekitar sekaligus mendidik anak muda khususnya para pelajar mengenai cara mengendalikan sisa pepejal dengan baik.
Tarikh Input: 07/08/2024 | Kemaskini: 07/08/2024 | s_syazana

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
Malaysia