UPM, 25 Oktober - Pada 22 Oktober 2022 yang lalu, Sekretariat Sukan dan Rekreasi telah menganjurkan Program Jom Sihat Senamrobik Perdana anjuran berjasama pihak Bahagian Kaunseling Universiti Putra Malaysia. Program Jom Sihat Senamrobik Perdana berlangsung di Dataran Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee dan telah dihadiri oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Amini Amir Abdullah, Pengerusi Jemaah Pengetua Kolej-Kolej Kediaman, Universiti Putra Malaysia serta YBrs. Dr. Mazila binti Ghazali, Ketua Bahagian Kaunseling Universiti Putra Malaysia.
Program Jom Sihat Senamrobik Perdana menjadi platform bagi pelajar untuk menghilangkan stress dan kekal sihat dengan melakukan aktiviti senamrobik yang diketuai oleh instruktur senamrobik jemputan. Di samping itu, program ini juga bertujuan untuk mewujudkan komuniti yang mengambil berat akan kesihatan dan kecergasan untuk kebaikan masa hadapan.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada para peserta dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program Jom Sihat Senamrobik Perdana ini. Semoga program ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada para pelajar dan memupuk sikap prihatin kepada persekitaran dalam diri mereka.
Tarikh Input: 02/11/2022 |
Kemaskini: 02/11/2022 | s_syazana
PERKONGSIAN MEDIA