PROGRAM K17 ZOOLUNTEERING | KOLEJ TAN SRI MUSTAFFA BABJEE
» BERITA » PROGRAM K17 ZOOLUNTEERING

PROGRAM K17 ZOOLUNTEERING

 
AMPANG, SELANGOR - Pada 21 Mei 2022 Sabtu yang lalu telah berlangsungnya Program K17 Zoolunteering di Zoo Negara. Program ini telah berlangsung dari pukul 7.00 pagi sehingga 4.30 petang. Program ini merupakan anjuran Sekretariat Keceriaan dan Kelestarian Hijau, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Tujuh Belas sesi 2021/2022.
 
Tujuan Program K17 Zoolunteering adalah untuk memberi peluang kepada pelajar untuk mempelajari mengenai penjagaan sesuatu haiwan dalam kaptiviti dengan lebih dekat berkat tunjuk ajar yang diberikan daripada pakar mengenai pengendalian haiwan dari segi keselamatan, kesihatan, keselesaan dan kesejahteraan haiwan. Program K17 Zoolunteering telah melibatkan 39 orang peserta dari Kolej Tujuh Belas beserta 12 orang pemantau program.
 
Program ini bermula dengan taklimat ringkas di Dataran 17 sebelum bertolak ke Zoo Negara. Setelah sampai di Zoo Negara, pelajar dijemput oleh Pegawai Pembelajaran Zoo Negara dan diberikan taklimat keselamatan sebelum dibahagikan mengikut kumpulan yang ditetapkan oleh Pegawai Bertugas Zoologi. Antara aktiviti kesukarelawan yang telah ditugaskan adalah mengecat, menyapu kawasan kandang dan membersihkan akuarium. Setelah tamat tugasan yang telah diberikan, pelajar diberi masa untuk makan tengah hari. Seterusnya, sesi fotografi bersama peserta di pintu masuk Zoo Negara diadakan. Kemudian, pelajar diberi peluang untuk meneroka kawasan Zoo Negara selama dua jam sebelum bertolak balik ke Kolej 17. Melalui program ini, kesedaran dalam diri pelajar dapat dipupuk untuk menjadi seorang yang mengambil berat tentang kebajikan haiwan. Pelajar juga dapat melatih diri untuk menjadi insan yang bersyukur akan keindahan hidupan di muka bumi daripada aktiviti kesukarelawanan ini.
 
Ribuan ucapan terima kasih diucapkan kepada para peserta serta pihak Zoo Negara dalam menjayakan program K17 Zoolunteering. Semoga nilai cinta akan haiwan dan ilmu yang disampaikan melalui program tersebut dapat diamalkan dan diterapkan oleh para peserta untuk kegunaan di masa hadapan.
 
 
 
 
 

Tarikh Input: 27/05/2022 | Kemaskini: 27/05/2022 | s_syazana

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ TAN SRI MUSTAFFA BABJEE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1315
03 - 8947 2757
W, (08:41:10am-08:46:10am, 15 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]