PROGRAM MERIT STARTER PACK | KOLEJ TAN SRI MUSTAFFA BABJEE
» BERITA » PROGRAM MERIT STARTER PACK

PROGRAM MERIT STARTER PACK

Serdang, 16 Oktober 2022 - Pada 11 hingga 15 Oktober 2022 yang lalu, program Merit Starter Pack telah berlangsung dengan jayanya di bawah anjuran Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee sesi 2022/2023 dengan kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee.
 
Program ini diadakan bagi memberi kesedaran kepada pelajar akan kepentingan memperoleh minimum 80% merit gabungan peringkat aktiviti bagi memenuhi kriteria kelayakan menginap di kolej pada sesi hadapan.
 
Selain itu, pelajar Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee juga diingatkan mengenai kesalahan-kesalahan yang mengakibatkan demerit. Kemudian, sistem merit khas juga telah dimaklumkan kepada pelajar bakal tahun akhir yang terdiri daripada pelajar Tahun 4 Doktor Perubatan dan Doktor Perubatan Veterinar serta pelajar Tahun 3 Sains Kesihatan.
 
Program telah dilengkapkan dengan sesi soal jawab antara pelajar dan Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee bagi menjawab segala persoalan dan ketidakjelasan pelajar mengenai sistem merit. Program ini juga telah menjadi titik mula kepada penggunaan iCOME di PutraVID sebagai medium utama pemberian merit pada akhir setiap sesi program ini dan program-program yang akan datang.
 

Tarikh Input: 02/11/2022 | Kemaskini: 02/11/2022 | s_syazana

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ TAN SRI MUSTAFFA BABJEE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1315
03 - 8947 2757
W, (08:54:03pm-08:59:03pm, 14 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]